Yaqeen Institute for Islamic Research
An-Ethical-land-Historical Necessity:-The Proofs-of-Prophethood-Series

Keperluan Etika dan Sejarah: Siri Bukti-Bukti Kenabian

Ini adalah yang pertama daripada beberapa esei dalam siri Bukti-Bukti Kenabian. Ini menunjukkan bahawa kedatangan Nabi terakhir tidak dapat dielakkan memandangkan keperluan setiap generasi untuknya, keadaan dunia zamannya, dan ramalan-ramalan Alkitab yang mengelilingi kehadirannya. Makalah berikutnya akan memberi gambaran kepada sifat-sifat Rasulullah ﷺ, diikuti dengan kecemerlangan mesej yang disampaikan olehnya, hasil-hasil ajarannya, dan akhirnya sebuah esei tentang mukjizat-mukjizatnya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Prelud: Dunia Moden yang Dahaga

Seseorang berhadapan dengan perseteruan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. “Fikiran terbuka” cuba untuk matang melewati fungsinya untuk membalas dendam terhadap penindasnya, cuba untuk memaafkan dan melupakan, tetapi ketika berebut-rebut untuk mengimbangi abad-abad itu, ia dipaksa untuk bersembunyi dan dianggap sebagai bidaah. Ia mendapati dirinya di tengah pertempuran ganas antara logik dan kebencian, cuba meredakan antara rasionaliti yang dihargainya dan balasan dendam yang patut dilakukan. Apabila semua telah aman, minda mengetengahkan apakah ia berhasil mendapatkan haknya untuk berfikir secara kritis dan skeptikal, atau sama ada dahaga darahnya telah mendorongnya ke tahap ekstrim, menghidupkannya semula—kali ini kepada paranoia dan berfikir sinis. Detik-detik yang bersemangat berbisik kepada pemikiran bahawa intelektualiti dan kemajuan akhirnya tiba, tetapi kemanusiaan dan belas kasihan nampaknya telah diinjak-injak di bawah kaki mereka.

Di dalam suasana yang sengit yang memusnahkan minda moden kolektif ini, orang ramai dibiarkan dahaga dari kepuasan dan memiliki beberapa arah yang seimbang, dan tidak ada yang dapat menenangkan luka mereka seperti ketenangan keyakinan. Hanya apabila kebangkitan kepastian disaksikan dengan mata sendiri barulah ia dapat dipadamkan dengan keimanan dan terlindung dengan kedamaian yang tidak tergugat. Esei ini akan menonjolkan keperluan mendesak manusia untuk kenabian, dan kedua-dua peristiwa sejarah dan alkitabiah yang menjadikan kedatangan kenabian terakhir tidak dapat dielakkan.

Walaupun Al-Quran dan Hadis adalah sumber utama untuk dalâ’il an-nubuwwa (tanda-tanda kenabian), karya-karya bebas khusus untuk topik ini telah ditulis seawal lewat abad ke-8 atau awal abad ke-9. Imam as-Subki melaporkan dari Abu Mansur al-Baghdâdi (m. 429H) yang berkata,

Imam Shâfi‘i (m. 204/820) telah mengumpulkan buku mengenai membuktikan kenabian sebagai tindak balas kepada golongan Brahmin yang merupakan penafi tegar semua kenabian. Setiap orang yang [kemudiannya] menulis tentang kenabian bergantung kepada buku ini, kerana mereka semua mengikut gayanya.[1]

Terdapat lebih dari 90 karya dalâ’il yang tajuk-tajuknya amat terkenal sehingga hari ini yang paling kenal diantaranya adalah Dalâ’il an-Nubuwwa oleh Imam al-Bayhaqi (m. 458/1066). Objektif penulis-penulis ini adalah jelas: untuk meningkatkan kepercayaan orang-orang beriman, menghilangkan sebarang keraguan tentang keaslian Nabi Muhammad ﷺ, dan menumpukan perhatiannya pada satu lokasi yang mudah diakses bagi sesiapa sahaja yang bertanya tentang kebenaran kenabian baginda.

Oleh sebab tujuan di sebalik mengarang karya itu adalah untuk mencapai keyakinan si pencari, dan berdasarkan pada kekurangan pembaca taat pada zaman gangguan dan ketagihan rangsangan, kita akan melompat ke dalam kajian kita dalam masa yang sama cuba untuk menjadi cukup ringkas untuk mempertahankan kepentingan minda kontemporari. Pada asasnya, ini sebahagian besarnya adalah  transkripsi dari He was the Final Prophet (Baginda adalah Nabi yang Terakhir), sebuah perbentangan yang disampaikan oleh Dr. Hatem al-Haj.[2]

Keperluan Etika untuk Percaya pada Rasul-Rasul Allah

Dalam Islam, mempercayai kewujudan kesemua nabi-nabi adalah perlu itu mengesahkan keimanan seseorang, dan Muhammad ﷺ pastinya tidak terkecuali dari syarat ini.

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [al-Ahzâb (33): 40]

  1. Di sini, Allah (‘azzawajalla) menetapkan bahawa sesiapa yang percaya kepada kata-kataNya mesti percaya bahawa Muhammad ﷺ adalah rasul-Nya, Dan sebaliknya, sesiapa yang menolak Muhammad sebagai utusan telah mendustakan Dia yang mengisytiharkan dia sebagai utusan.
  2. Ayat ini menyatakan bahawa Muhammad ﷺ adalah nabi yang terakhir, yang melibatkan penolakan ini sama seperti ketidakpercayaan pada Dia yang menyatakannya.

Menerima ajaran Rasulullah ﷺ; nabi yang terakhir ini, memberi manfaat lain juga. Ia menawarkan penjelasan yang rasional tentang mengapa seseorang tidak boleh “hanya menjadi orang yang baik,” sambil mengabaikan keimanan. Sudah tentu, kebajikan kemanusiaan seperti belas kasihan dan keadilan adalah wajar dipuji, dan dapat menuai berkat-berkat ilahi dalam kehidupan ini. Walau bagaimanapun, dalam skema yang lebih besar, dari segi kelayakan-kelayakan di akhirat, menerima mesej Tuhan (setelah mengetahui itu) adalah perlu untuk mengesahkan kebaikan seseorang di hadapan Tuhan. Alat asas yang diperlukan untuk menjadi baik adalah kewujudan seseorang, niat yang baik, dan pelbagai fakulti lain (anggota badan, kekayaan, dan sebagainya) yang diperlukan untuk membuktikan kebaikan yang diiktiraf. Oleh kerana semua ini dikurniakan oleh Allah, menolak Allah membatalkan kebaikan ini dari seseorang, kerana itu akan menjadi—pada asasnya—kebaikan yang diplagiat. Kami sebagai manusia, berhak, melihat penyelidikan yang paling mengagumkan dengan rasa takjub dan kagum, tetapi sentimen itu dengan cepat berubah menjadi jijik apabila menyedari bahawa itu sebenarnya adalah karya orang lain, yang sumbangan orang curang ini sengaja disembunyikan. Orang bukan sahaja melihat kegiatan plagiat sebagai memalukan, tetapi sebaliknya boleh dihukum, dan juga boleh dituduh di mahkamah.

Terdapat satu lagi sebab mengapa mempercayai para utusan itu adalah satu aspek untuk wujud sebagai “orang yang baik,” iaitu hanya para utusan yang dapat mendefinisikan ‘kebaikan’, melalui inspirasi yang mereka terima dari Tuhan. Ada ketikanya, manusia—walaupun dengan niat yang baik—menjalani kehidupan mereka dengan prinsip-prinsip yang cacat dan, seperti kanser, kerosakan yang menyebabkan mereka kadang-kadang tersembunyi sehingga tidak dapat diperbaiki. Manusia seperti itu mungkin benar-benar cuba “menjadi baik,” dan “tidak menyakitkan sesiapa,” sambil menyedari kejahatan dan kesusahan yang mereka lakukan terhadap diri mereka dan masyarakat. Atas sebab ini, Allah (azza wa jalla) telah menghantar Rasulullah ﷺ untuk memberikan definisi kepada kebaikan—melindungi kemanusiaan dari kedua-dua pandangan singkatnya dan persepsi yang kadang-kadang menyimpang.

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus. [al-Hujurât (49): 7]

Akhirnya, ia tetap boleh dikatakan bahawa tawhid (monotheism), iaitu untuk hanya menyatakan Tuhan dan segala sifat unikNya, adalah Tuhan yang maha Esa dan adalah mustahil tanpa mengiktiraf nabi-nabi yang diturunkan-Nya. Kemanusiaan tidak dapat mengenali Tuhan, ataupun mengenal keindahan dan keagungan-Nya, atau mengetahui keinginan-keinginanNya, atau mengenali janji-janji dan ancaman-Nya, atau mewujudkan kehendak perundangan-Nya yang mana Dia secara penuh kasih telah ditafsirkan untuk kebaikan ciptaan-Nya, tanpa nabi dan rasul. Pertimbangkan keadaan suram dunia sebelum Tuhan mengutus Nuh, atau kegelapan yang menyelubungi manusia sebelum Muhammad ﷺ, untuk memastikan keperluan umat manusia kepada kenabian.

Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda,

Sesungguhnya, Allah memandang ke arah orang-orang di dunia dan membenci Arab dan bukan Arab sama, kecuali untuk beberapa sisa dari Ahli-ahli Kitab. Dan firman-Nya, ‘Aku telah menghantar kamu[wahai Muhammad] untuk menguji kamu dan menguji [mereka] melalui kamu. Dan Aku telah memberikan kamu sebuah kitab yang tidak akan hancur dijirus air…’[3]

Di mana sahaja seseorang itu berpaling, kegelapan telah menang. Di dalam koliseum Rom, orang ramai bersorak pada sang singa ketika ia menerkam banduan yang menjerit atau apabila sang gladiator yang menyerang secara kasar di antara satu sama lain; ia adalah sesuatu yang normal. Di Parsi, walaupun keluarga imperialis mengamalkan subang mahram, hak untuk pemilikan swasta terancam oleh etika Mazdakite,[4] dan penyakit-penyakit melanda manusia dalam gelombang yang tanpa henti. Di India, mereka yang berada di bahagian bawah sistem kelasnya adalah sama, ataupun lebih rendah dari, tikus dan haiwan perosak. Di Arab, menemukan si hati batu yang sampai hati untuk menanam bayi perempuannya hidup-hidup bukanlah sesuatu yang susah. Dalam amalan Kristian pula, misteri berjaya mengatasi identiti Isa al-Masih, banyak yang mendakwa bahawa dia adalah Tuhan yang dijelmakan, sementara terdapat kumpulan-kumpulan kepercayaan lain yang mendakwa dia adalah seorang pendakwah palsu yang dilahirkan luar nikah. Di dalam agama-agama timur, manusia menyembah api, air, senjata, dan alat kelamin. Di dalam masyarakat di serata dunia, seorang wanita sama sekali tidak mempunyai sebarang jiwa, atau diberikan taraf yang lebih rendah hanya untuk melayani lelaki, walaupun itu bermakna menggadaikannya sebagai taruhan perjudian rekreasi dikalangan rakan-rakan tuan lelakinya, atau membakar dirinya hidup-hidup sebagai simbol perpaduannya dengan lelaki tersebut pada hari pengebumiannya. Hanya beberapa orang akan selamat selepas kelahiran, dan bahkan lebih sedikit akan membesar dewasa. Mereka yang dilahirkan sebagai hamba ditakdirkan untuk hidup merana selama-lamanya, dan dalam tamadun utama dalam sejarah masa itu, ini kadang-kadang melebihi 75% daripada penduduk dunia.[5]

Dengan situasi sebegini sebagai keadaan dunia, bagaimana Allah tidak memberikan gambaran harapan bagi umat manusia di planet ini? Tidak dapat dibayangkan bahawa Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Kuasa, meninggalkan keadaan-keadaan ini tanpa sebarang campur tangan. Pada hakikatnya, Yang Maha Pemurah tidak akan meninggalkan mereka, tetapi mengikat diri sendiri dengan mendekati dunia dan menjelaskan sekali lagi,

…iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya); kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [al-Anfâl (8): 42]

Dengan menghantar nabi terakhir Nabi Muhammad ﷺ, Tuhan tidak mengabaikan mereka, walaupun jika seseorang itu memilih untuk mengabaikan diri sendiri: mereka yang memutuskan untuk menolak mesejnya selepas menerima segala penjelasan.

Bukti-bukti yang Banyak, Pelbagai dan Jelas

Oleh kerana kenabian diperlukan untuk kemakmuran dan keselamatan, bukti-bukti untuknya berada di luar penghitungan. Allah (azza wa jalla) melengkapi Musa dengan sembilan tanda; sesetengah daripada mereka telah direka untuk menumbangkan para ahli sihir dalam kepakaran mereka sendiri, sementara yang lain mendedahkan dakwaan si penzalim bahawa dia mempunyai kekuasaan tertinggi. Allah (Yang Maha Agung) telah melengkapi Isa dengan kemampuan untuk menyembuhkan penyakit yang tidak dapat diubati, kerana orang-orang di sekelilingnya sangat bangga dengan “ubat pakar” mereka dan kemahiran mereka dalam menyembuhkan orang sakit. Ia adalah dari belas kasihan Allah yang Dia kirimkan setiap nabi-nabi dengan tanda-tanda yang relevan dengan konteksnya, dan dengan itu Dia mengelilingi Muhammad ﷺ dengan banyak bukti, kerana dia adalah rahmat Allah kepada semua dunia, dan oleh itu harus relevan dengan semua pada waktunya dan untuk sepanjang masa akan datang.

Pelbagai bukti adalah apa yang menjadikannya releven pada setiap masa, tempat, budaya, serta pemikiran. Semasa hidup Rasulullah, ada yang menerima kenabiannya setelah melihat wajahnya sekilas sahaja: ‘Abdullâh b. Salâm (rA) berkata, “Aku segera mengetahui bahawa ini bukanlah wajah pendusta.”[6] Seorang lagi telah menemukan keyakinan yang kukuh apabila mendengar dari baginda ﷺ beberapa kenyataan singkat yang menyokong nilai-nilai Islam: Tufayl b. ‘Amr (rA) berkata, “Aku tidak pernah mendengar sesuatu yang lebih baik atau lebih seimbang daripada ini.”[7] Yang lain mengesahkan kenabiannya berdasarkan reputasi baginda yang bersikap jujur: Quraysh berkata selepas hidup selama 40 tahun dengannya, “Kami tidak pernah menerima pembohongan dari kamu.”[8] Beberapa yang lain pula percaya apabila telah menyaksikan beberapa mukjizat, memahami bahawa tiada apa yang boleh dijelaskan peristiwa-peristiwa yang menakjubkan ini. Dengan kepelbagaian ini, seorang gembala nomad di Himalaya dan seorang pakar neurosains di makmalnya boleh mengikut mana-mana laluan untuk kepastian, seperti yang boleh dilakukan oleh ahli falsafah menara gading dan altruis pragmatik, seperti yang juga gerombolan di bawah gedung-gedung pencakar langit di New York dan Shanghai, sama seperti pekerja kebun pisang di hutan hujan Amazon.

Allah (Yang Maha Agung) juga membuat bukti-bukti yang membuktikan kenabian Muhammad ﷺ jelas, agar setiap pencari yang jujur dapat menemukannya. Bagi mereka yang obses terhadap nikmat material mereka, atau orang-orang yang menguduskan hubungan sosial mereka dari hubungan mereka dengan Pencipta Agung mereka, atau orang-orang yang membenci diri mereka telah membutakan mata mereka kepada kekurangan hujah-hujah mereka, mereka hanya akan mendapati penghakiman yang tidak jelas. Dalam kebanyakan situasi ini, pengadilan yang cacat mungkin tidak diketahui dengan sendirinya, kerana manusia selama-lamanya mampu mengunci diri mereka dalam bilik gema, di mana hanya pandangan mereka akan berlegar di sekeliling mereka, dan mereka dapat berjaya membungkam hati nurani mereka dan menenangkan rasa bersalah menafikan sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Seperti firman Allah,

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada): Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”. [Hijr (15): 14-15]

Keperluan Sejarah untuk Kenabian

Sesiapa sahaja yang mahir dalam kitab suci alkitabiah, dan sesiapa yang telah mengkaji keadaan dunia sebelum kenabian Muhammad ﷺ, akan menyimpulkan bahawa Tuhan Yang Maha Esa perlu menghantar seorang rasul. Ini adalah kerana dua sebab: orang sedang menunggu utusan terakhir kenabian, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak dapat membiarkan kekejaman dunia terus berlanjutan.

Ramalan al-Kitabiah

(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu? [ash-Shu‘arâ’ (26): 197]

Walaupun sesetengah orang sezaman nabi terakhir menolaknya kerana permusuhan dan prasangka, dan yang lain hanya belum diberikan hidayah, beberapa yang arif tentang al-kitabiah—seperti ‘Abdullâh b. Salâm (rA)—pantas menerima Islam, dan itulah bukti-bukti yang dipetik Allah terhadap Quraisy, kerana kebanyakan orang Arab buta huruf, tidak memeluk apa-apa kitab, dan berpendapat bahawa orang-orang Yahudi lebih tinggi daripada mereka kerana mereka Ahli Kitab.

Orang-orang Kitab ini tahu janji Tuhan untuk memberkati Ismail; dan untuk mengurniakannya, khususnya, sebuah negara yang hebat. Mereka tidak percaya bahawa kelayakkannya terputus apabila dia dilahirkan oleh seorang hamba perempuan, dan tahu bahawa anak sulung Ibraham yang paling berhak atas perjanjian itu (sekiranya ia hanya dimaksudkan untuk satu anak lelaki dari dua yang bukan dimaksudkan, seperti yang kita umat Islam percayakan). Walaupun terdapat pencemaran, masih ada—sehingga hari ini—petunjuk jelas kenabian Muhammad ﷺ dalam tradisi Yahudi-Kristian, yang mana kita akan sebutkan beberapa pilihan.

Bangsa Hebat

Begitu juga kepada anak Hagar akan Kuberikan banyak anak cucu supaya mereka menjadi suatu bangsa. Sebab ia anakmu juga. Keesokan harinya pagi-pagi, Abraham memberi kepada Hagar makanan dan sebuah kantung kulit berisi air untuk bekal di jalan. Ia meletakkan anak itu pada punggung Hagar, dan menyuruh wanita itu pergi. Lalu berangkatlah Hagar dan mengembara di padang gurun Bersyeba. Ketika air bekalnya habis, Hagar meletakkan anaknya di bawah semak, lalu duduk kira-kira seratus meter dari tempat itu. Katanya dalam hati, “Saya tidak tahan melihat anak saya mati.” Lalu menangislah ia. Allah mendengar suara Ismael, dan dari langit malaikat Allah berbicara kepada Hagar, katanya, “Apa yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah telah mendengar suara anakmu. Pergilah kepada anakmu, angkat dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” [Genesis: 21/13-18, KJV]

Sebuah “bangsa hebat” dalam terminologi alkitabiah tidak akan membawa makna sebuah bangsa politiestik atau penyembah berhala. Oleh itu, bilakah keturunan Ismael menjadi bangsa yang besar penyembah Tuhan yang sejati? Ini tidak berlaku di tangan sesiapa pun sebelum Muhammad ﷺ. Ada yang mendakwa bahawa ini berlaku di Sinai, tetapi ini adalah tidak masuk akal kerana adalah diketahui bahawa orang-orang Arab adalah orang yang selama-lamanya mengekalkan pengetahuan tentang keturunan mereka, yang mereka dapat dikesan kembali pada Ismail. Tidak ada sesiapa pun yang menafikan sejarah ini, sementara pada masa yang sama, tiada siapa yang pernah mendokumentasikan sebuah negara Ismailiah yang hebat di Sinai. Adalah satu cadangan yang mengejutkan bahawa orang-orang Arab Ismailiah semuanya tersilap tentang keturunan mereka yang menumpukan pada Ismail, dan sebuah negara Ismaeliah yang hebat bangkit dan kemudian lenyap di Sinai tanpa sesiapa yang tahu. Pasangkan fakta-fakta sejarah ini dengan keterangan Alkitab tentang Paran—tembat di mana Ibrahim meninggalkan Ismail—sebuah belantara selatan Jerusalem, menjadikannya lebih jelas lagi bahawa Paran adalah Mekah. Oleh itu, kedua-dua fakta sejarah dan teks alkitabiah menyimpulkan bahawa orang-orang Mekah adalah keturunan Ismail, dan bahawa ibunya membawa dia seorang isteri dari Mesir, bukan bahawa anak-anaknya tinggal di Sinai, Mesir.

Zamzam dan Kota yang Berkembang

Lalu Allah membuat Hagar melihat dengan jelas, sehingga tampak olehnya sebuah sumur. Maka pergilah ia lalu mengisi kantong kulit itu dengan air, kemudian diberinya anaknya minum. Allah menyertai Ismael. Anak itu bertambah besar; ia menetap di padang gurun Paran, dan menjadi pemburu yang mahir. Ibunya mengawinkan dia dengan seorang wanita Mesir. [Genesis: 21/19-21]

Di Mekah, terdapat telaga Zamzam—air mata air yang paling tua di dunia. Letakkan dua milenia sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ ketepi, dan pertimbangkan jutaan malah mungkin trilion bilangan jemaah yang menjalankan ibadah haji dan umrah sepanjang 1,500 tahun dahulu. Kesemua mereka akan pulang ke tanah air mereka dengan berliter-liter air Zamzam yang tidak terkira banyaknya. Bersama dengan ini, Quba’ dan masjid Rasulullah di Madinah sentiasa menerima bekalan air zamzam ini tanpa putus, manakala penduduk-penduduk di Mekah memasang tangki-tangki air di rumah-rumah mereka untuk menerima bekalan air Zamzam tanpa henti. Oleh itu, telaga ini sememangnya adalah telaga yang diberkati yang mana telah diterima oleh Hagar dan anaknya Ishmael, dan bata asas yang jelas diletakkan oleh Tuhan untuk pembangunan bandaraya ini.

Sinaran dari Paran

Sebelum meninggal, Musa, utusan Allah, memberkati bangsa Israel dengan kata-kata ini: “Tuhan datang dari Gunung SinaiIa terbit di atas Edom laksana matahari dan dari Gunung Paran Ia menyinari umat-Nya. Ia disertai sepuluh ribu malaikat; api menyala di sebelah kanan-Nya. [Deuteronomy: 33/1-2]

Sinai (Mesir) adalah rujukan jelas kepada Nabi Musa (AS)dan kepada kitab Taurat, dan Seir (Palestin) adalah kiasan kepada Nabi ISa dan Evangeli. Jika kita menolak untuk menerima rujukan ketiga ialah Muhammad ﷺ dan Al-Quran, kita akan terkandas kerana satu peristiwa penting yang sesuai untuk disebutkan di samping Sinai dan Jerusalem. Pada klimaks pemerintahannya, Nabi Muhammad ﷺ kembali ke Paran (Mekah), berarak dengan 10,000 sahabatnya, dan mengembalikan kepada tanah itu penyembahan Tuhan yang Satu. Politeisme dan penyembahan berhala telah digulingkan dari sekeliling Rumah yang dibina oleh Ibrahim, dan kemuliaan Tuhan bersinar kembali.

Tempat tinggal Kedar

Kata TUHAN, “Inilah hamba-Ku yang Kudukung, orang pilihan-Ku yang menyenangkan hati-Ku. Aku telah memberi kuasa-Ku kepadanya, untuk membawa keadilan bagi setiap bangsa. Ia tak akan berteriak atau berseru dengan nyaring, suaranya tak akan terdengar di jalan. Buluh yang terkulai tak akan dipatahkannya, pelita yang kelap-kelip tak akan dipadamkannya. Dengan setia ia akan menyatakan kebenaran, tanpa bimbang atau putus asa, sampai keadilan ditegakkan di bumi. Negeri-negeri yang jauh merindukan ajarannya.”

TUHAN Allah menciptakan dan membentangkan langit; Ia membentuk bumi dan segala yang tumbuh di atasnya. Ia memberi manusia nafas kehidupan dan nyawa. Ia menyampaikan pesan ini kepada hamba-Nya, “Aku, TUHAN, memanggil dan menugaskan engkau untuk menjalankan keadilan. Engkau Kubimbing dan Kupelihara untuk menjadi perjanjian bagi umat manusia, dan cahaya bagi semua bangsa. Untuk membuka mata orang buta, dan membebaskan orang dari kegelapan penjara.

Akulah TUHAN, itulah nama-Ku; keagungan-Ku tidak Kuberikan kepada siapa pun; kemasyhuran-Ku tidak Kuserahkan kepada patung. Sekarang yang Kuramalkan sudah menjadi kenyataan; Aku mau memberitahukan hal-hal yang baru; sebelum itu terjadi, sudah Kukatakan kepadamu.”

Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN, pujilah Dia, hai seluruh bumi! Bergemuruhlah, hai laut dan semua isinya, negeri-negeri yang jauh dan semua penduduknya! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji TUHAN, baiklah penduduk Kedar memuji Dia! Hendaklah penduduk kota Sela bersorak-sorai, dan berseru-seru dari puncak gunung!

Baiklah mereka mengagungkan TUHAN, dan memasyhurkan Dia di negeri-negeri jauh. TUHAN maju bertempur seperti seorang pahlawan, seperti seorang prajurit penuh semangat berperang. Ia mengangkat pekik pertempuran, dan menunjukkan keunggulan-Nya terhadap lawan. [Isaiah: 42/1-13]

Hamba di dalam Yesaya tidak boleh menjadi Isa AS kerana Kristian dan Islam bersetuju bahawa ia bangkit tanpa membawa keadilan kepada bangsa-bangsa, kerana segelintir muridnya tidak mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk menguatkuasakan keadilan. Hamba ini tidak boleh menjadi Musa AS yang meninggal dunia di padang pasir Sinai, kepenatan dengan berlawan rakyatnya sendiri. Menariknya, Alkitab Injil menyatakan Kedar sebagai anak sulung Ishmael.[9] Alkitab juga menegaskan bahawa anak pertama adalah yang paling berhak atas perjanjian itu. Kebenaran gabungan ini menjadi sangat bermasalah bagi sesiapa yang ingin menyembunyikannya di mana Kedar tinggal adalah tidak sesuai melainkan di Mekah, dan keturunan Ismail yang memperoleh kekuatan yang cukup untuk memerintahkan “keadilan Allah” tidak sesuai dengan siapa pun kecuali Muhammad ﷺ. Ia adalah kerana fakta-fakta jelas yang mereka sembunyikan seperti firman Allah,

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). [al-Baqarah (2): 146]

John dan Nabi

Para penguasa Yahudi di Yerusalem menyuruh imam-imam dan orang-orang Lewi pergi kepada Yohanes dan menanyakan kepadanya, “Engkau ini siapa?” Yohanes mengaku dengan terus terang, “Saya bukan Raja Penyelamat.” “Kalau begitu, engkau siapa?” tanya mereka. “Apakah engkau Elia?” “Bukan,” jawab Yohanes. [John: 1/19-22]

Siapakah“nabi itu” yang bukan Isa ataupun Ilyas? Siapakah “nabi itu” yang namanya tidak perlu disebutkan, seolah-olah identitinya adalah pengetahuan umum dan kedatangannya yang dijanjikan telah ditunggu oleh semua orang? Bahagian ini membayangkan—sekurang-kurangnya—bahawa orang ramai bukan hanya menunggu seorang nabi lain, melainkan sesuatu yang unik. Sesungguhnya mereka sedang menunggu nabi yang paling besar dan pengakhiran kenabian; seorang yang akan menerangi manusia sebagai jalan menuju Tuhan buat kali terakhir—selamanya. Tetapi dari mana dia akan datang?

Dari bangsa mereka sendiri Aku akan mengutus kepada mereka seorang nabi seperti engkau. Aku akan mengatakan kepadanya apa yang harus dikatakannya, lalu ia akan menyampaikan kepada bangsa itu segala yang Kuperintahkan. [Deuteronomy: 18/18]

Nabi yang mereka tanyakan kepada John bukan dari kalangan mereka (orang Israel), melainkan dari kalangan saudara mereka (orang Ismaili). Versi Antarabangsa Baharu menambah “saudara Israel,” tetapi ini adalah perubahan yang sangat baharu—ini seolah-olah cubaan menyembunyikan mesej itu adalah agenda yang berterusan, atau bahawa langkah-langkah sebuah jawatankuasa untuk membuat penambahbaikan setiap kali mereka merasakan sesuatu akan ditafsirkan dengan betul. Kedua, tiada siapa dari orang-orang Ismael—malah dari kalangan manusia sejagat—mempunyai persamaan yang lebih besar kepada Musa daripada Nabi Muhammad ﷺ. Ketiga, hanya Muhammad[10] ﷺ tanpa henti mengajar pengikutnya sehingga tidak satu pun kata yang meninggalkan bibirnya harus dikreditkan kembali kepadanya.

Demi bintang semasa ia menjunam, Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. [an-Najm (53): 1-4]

Isa dan Sang Penenang

Tetapi Aku mengatakan yang benar kepadamu: Lebih baik untuk kalian, kalau Aku pergi; sebab kalau Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepadamu. Tetapi kalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu…

Banyak lagi yang mau Kukatakan kepadamu, namun sekarang ini kalian belum sanggup menerimanya. Tetapi kalau Roh itu datang, yaitu Dia yang menyatakan kebenaran tentang Allah, kalian akan dibimbing-Nya untuk mengenal seluruh kebenaran. Ia tidak akan berbicara dari diri-Nya sendiri tetapi mengatakan apa yang sudah didengar-Nya, dan Ia akan memberitahukan kepadamu apa yang akan terjadi di kemudian hari. [John: 16/7-13]

Isa (AS) tidak mungkin merujuk kepada Roh Kudus di sini, memanggilnya Penenang yang tidak akan hadir sehingga Isa pergi, kerana Roh Kudus selalu bersama Isa. Isa tidak mungkin merujuk kepada Paul atau kepausan, kerana mereka telah menghapuskan undang-undang daripada menyempurnakan mereka, dan tidak menunjukkan bukti bahawa mereka berkomunikasi dengan langit. Hanya Nabi Muhammad ﷺ mengembalikan semula kehormatan Nabi Isa tanpa menguburkan warisan menyembah Sang Pencipta. Muhammad ﷺ mengajar pengikutnya bahawa dia hanya akan bercakap apa yang dia dengar, dan dia akan meramalkan peristiwa masa depan.[11] Dia membawa bimbingan yang pasti mengenai semua kebenaran, menyempurnakan kod hukum Ilahi untuk manusia. Dalam satu metafora yang luar biasa, Nabi Muhammad ﷺ menggambarkan kenabian sebagai struktur megah yang dikagumi orang ramai, kekurangan batu bata yang hilang yang perlu ditempatkan dalam strukturnya untuk mengisi jurang dan menyempurnakan semula kemuliaannya. Kemudian baginda berkata, “Saya adalah batu bata; Saya adalah penutup para nabi.”[12]

Pembinaan Kaabah

Selain itu, lihatlah paradigma agama di dunia Arab. Di antara orang-orang Arab, Ibrahim diakui sebagai patriark muktamad, dan kerana harga diri mereka memegangnya, semua dihormati kepadanya – dengan melawat Rumah yang dibinanya di Mekah (Ka’ba). Walaupun mereka adalah penyembah berhala, para musyrikin menegaskan bahawa Mekah adalah tempat suci khas yang dimuliakan oleh Tuhan. Mereka melihat diri mereka sebagai pewaris warisan itu, dan dengan itu mereka merasa terpaksa menghormati Kaabah ini yang telah didirikan oleh Ibrahim. Kenapa Allah memerintahkan Ibrahim untuk meninggalkan Hajar dan bayi sulungnya di tempat tertentu, dan padang pasir yang gersang? Bagi orang Arab yang melihat dunia berpunca dari paradigma itu, tidaklah dapat difahami kenapa Allah telah mengutus Ibrahim untuk membina Kaabah, yang telah diberkati dengan baik di bawahnya, menimbulkan negara yang hebat kerana itu, dan melindunginya dari sebarang serangan—hanya untuk dikelilingi oleh berhala-berhala dan menjadi tempat untuk kejahatan. Oleh itu, tidak menghairankan, mengapa orang pada waktu itu bermati-matian yakin bahawa sesuatu akan berlaku, sesuatu yang penting yang akan mengubah seluruh pemandangan di sana dan malah lebih jauh lagi.

Dalam makalah seterusnya, kita akan mengkaji bagaimana keperibadian Nabi Muhammad ﷺ adalah petunjuk yang jelas tentang kenabiannya, yang telah dilihat oleh mereka yang bertemu dengannya, dan orang-orang yang kemudiannya mengkaji hidupnya.


[1] Tabaqât ash-Shâfi‘iyya: 5/146.

[2] Dr Hatem al-Haj, MD, adalah seorang pengamal perubatan serta pemegang PhD dalam Perundangan Islam dari al-Jinan University (Tripoli, Lubnan), seorang ahli pengasas Assembly of Muslim Jurists of America (AMJA), dan penulis beberapa buah buku dan penerbitan.

[3] Riwayat Muslim (2865): kitab 53, Hadith 76.

[4] Robert C. Solomon, Kathleen M. Higgins, From Africa to Zen: An Invitation to World Philosophy (p. 157). Rowman and Littlefield Publishers, (2003).

[5]  Rujuk: The Invention of Ancient Slavery? (p. 115), oleh Niall McKeown, Bristol Classical Press (2007)

[6] Riwayat at-Tirmidhi (2/79), Ibn Mâjah (1334, 3251), and Ahmad (5/451)

[7] Dikumpul dalam Seerat Ibn Hishâm (1/382-383)

[8] Riwayat al-Bukhâri (4770)

[9]  “Ismael mempunyai dua belas anak yang disebutkan di sini menurut urutan lahirnya: Nebayot, Kedar, Adbeel, Mibsam” [Genesis: 25/13] Lihat juga: [1 Chronicles: 1/29]

[10] Kedua-dua Musa dan Muhammad adalah nabi-nabi yang dilahirkan dari dua ibu bapa, kedua-duanya berkahwin dan mempunyai anak-anak, kedua-duanya datang dengan undang-undang baharu yang komprehensif, kedua-duanya menghadapi penganiayaan dan dengan itu berhijrah dari negara asal mereka, kedua-duanya kembali untuk mengalahkan penindas mereka, .

[11] Satu kajian berasingan dalam siri ini akan menyerlahkan kenabian dan mukjizat.

[12] Riwayat  al-Bukhâri dan Muslim.

Avatar

Mohammad Elshinawy

Mohammad Elshinawy is a Graduate of English Literature at Brooklyn College, NYC. He studied at College of Hadith at the Islamic University of Madinah and is a graduate and instructor of Islamic Studies at Mishkah University. He has translated major works for the International Islamic Publishing House, the Assembly of Muslim Jurists of America, and Mishkah University