Yaqeen Institute for Islamic Research
Slavery-And-Islam-Hero-Image

Perhambaan dan Islam: Apakah Perhambaan?

Wujudkah perhambaan dalam Islam? Apabila orang bertanya soalan ini, mereka biasanya mahukan penjelasan pada bahagian Islam itu. Semua orang tahu apa itu perhambaan. Namun sebenarnya, ia adalah perkara yang sebaliknya. Bahagian Islam agak mudah untuk dijelaskan. Masalah sebenar adalah cuba untuk menentukan apa yang kita maksudkan oleh perhambaan. Semakin kita meneliti  perkataan itu dan cuba untuk memberikan ia sebuah tafsiran, lebih banyak kita dapati bahawa anggapan kita dan juga kata-kata kita gagal memberikan sebuah tafsiran yang tetap. Apa yang kita sangka kita maksudkan dengan perhambaan memberi makna yang sedikit di luar pengalaman kita sendiri di Amerika, dan ketika kita cuba untuk memperbetulkan perhambaan itu sebagai fenomena kemanusiaan, kita dapati diri kita di dalam sebuah dewan cermin yang mencerminkan anggapan kita sendiri kepada diri kita. Kita sangka fikir kita tahu apa perhambaan, tetapi adakah kita benar-benar dapat mengenalpasti perhambaan jika kita melihatnya?

Bayangkan bahawa kita dapat menerokai fenomena perhambaan sepanjang sejarah kemanusiaan. Bayangkan, sebagai peminat siri Doctor Who, kita menumpang Tardis, yang membolehkan kita untuk menjelajah ruang dan masa. Hentian pertama kita adalah tanah gurun yang eksotik, di mana perhambaan adalah suatu yang biasa. Kita lawati sebuah rumah yang dimiliki oleh orang-orang yang kaya, dimana kita dapat melihat beberapa orang melakukan kerja-kerja rumah sementara itu terdapat seorang yang lebih tua sedang duduk menikmati hidangan tehnya. Semua orang memiliki rona kulit gelap yang sama. Tiba-tiba peminum teh tersebut memarahi dan memukul orang muda yang sedang melayaninya dengan sebatang pemukul lalat. Kita tertanya-tanya dan berasa tidak sabar untuk mengetahui siapakah mereka ini. Kita bernasib baik kerana TARDIS mampu menterjemah apa sahaja bahasa yang dituturkan terus ke minda kita. Kita bertanya kepada pelayan yang menghidangkan teh itu siapa namanya, dan dia menjawab, ‘Saffron’ dan dia adalah salah seorang ‘rakyat yang halus’ yang berkhidmat di rumah tersebut. Dia telah bekerja disitu selama lima tahun, dan dia menambah, dalam masa setahun sahaja lagi, dia akan mampu untuk keluar dari rumah ini dan membuka kedai teh miliknya sendiri. Kita bertanya pula tentang pemuda yang dipukul tadi. “Oh, kasihan dia… dia akan berada disini sehingga orang tua itu meninggal.”

Kita semula ke dalam TARDIS, kita kini ke masa yang lain pula untuk bertemu dengan seorang Perdana Menteri sebuah negara yang pesat berkembang. Perdana Menteri ini memasuki sebuah balai berhadap yang dipenuhi dengan ramai tentera dan kita dapat mendengar rasa takut di dalam bisikan-bisikan tetamu disekeliling kita. Seorang darinya berbisik, “dia berharga 80 juta ducat emas.” “Dia menantu Raja,” bisik yang berikutnya. Menteri itu dan pengawal peribadinya berkulit cerah dan berambut perang. Ramai antara tetamu yang hadir untuk meminta bantuan dan mengadu masalah berkulit lebih gelap.

Selepas bertemu dengan menteri tadi kita teruskan perjalanan kita, kini ke kawasan yang lebih sejuk di mana kita berjumpa seorang lelaki yang bekerja di kilang jam. Dia bencikan hidupnya, jadi kita bersetuju untuk membawanya bersama kita. Tetapi pemilik kilang telah menangkapnya, dan dihumban ke penjara.

Kita terusan perjalanan kita menggunakan TARDIS ke sebuah kawasan baharu di mana, apabila kita sedang melalui sebuah jalan, kita ternampak sekumpulan pemuda berkulit gelap, menebas semak di bawah sinaran terik matahari, dengan kaki mereka yang dirantai antara satu sama lain. Terdapat seorang lelaki berkulit cerah bersenjata sedang mengawasi mereka.

Kemanakah kita telah pergi dengan TARDIS dalam perjalanan mengenai perhambaan tadi? Tempat yang pertama tadi adalah di Mekah pada tahun 1400an. Lelaki golongan ‘halus dan lembut (raqīq)’ bernama Saffron tadi adalah hamba di rumah orang kaya yang telah mengadakan perjanjian dengan pemiliknya untuk membeli semula kebebasannya dengan bayaran ansuran (mukataba). Raqīq adalah terma piawai bagi hamba, dan nama-nama epikurean seperti Saffron adalah biasa. Pemuda yang dipukul kerana layanannya yang tidak memuaskan hati, yang terikat untuk berkhidmat di rumah itu selama-lamanya pula adalah anak lelaki kepada lelaki tua tadi.

Tempat kedua yang kita lawati tadi pula adalah pusat pentadbiran Empayar Uthmaniah pada tahun 1579. Menteri tersebut adalah Sokollu Mehmet Pasha, wazir besar dan pemimpin de fakto empayar tersebut sepanjang pemerintahan tiga sultan. Pada masa lawatan kita tadi, dia telah pun menjadi salah seorang yang terkaya dan paling berkuasa di empayar tersebut sepanjang  tempoh 2 dekad. Dia juga adalah hamba kepada sultan. Dia dilahirkan di Bosnia, sepertimana pengawal-pengawalnya, yang juga hamba kepada sultan.[1]

Tempat di mana kita bertemu lelaki yang bekerja di sebuah kilang jam adalah England pada tahun 1860. Walaupun pekerja itu seorang lelaki yang merdeka, menurut undang-undang buruh di England pada masa itu, seorang pekerja yang gagal hadir untuk kerja disabitkan dengan kesalahan mencuri dari majikannya dan telah diadili dan dihukum sebagai penjenayah. Akhir  sekali tempat terakhir yang kita lawati adalah tempat dimana perhambaan telah lama diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang: kawasan pendalaman Arizona pada tahun 2004, dimana seorang sheriff tempatan sedang mengawasi sekumpulan pesalah juvana yang juga digelar sebagai “chain gang”(buruh rantai).

Masalah dalam menafsirkan Perhambaan \ˈslā-v(ə-)rē\ (slavery)

Bagaimanakah kita mengetahui siapa hamba dan siapa yang bukan dalam pengembaraan kita? Kebanyakan orang Barat hari ini mungkin akan menganggap bahawa pemuda yang dipukul dan buruh rantai itu sebagai hamba, kerana kita mengaitkan perhambaan dengan degradasi fizikal, buruh kasar, dan keganasan. Kita mungkin tidak akan menganggap lelaki yang ‘lembut dan halus’ itu adalah hamba kerana dia memberitahu kita bahawa dia akan bertukar ke pekerjaan lain dengan syarat yang ditentukan oleh dirinya sendiri, sementara kita mengaitkan perhambaan dengan jumlah kehilangan hak, mungkin untuk selama-lamanya. Kita pastinya tidak mengambil kira bahawa menteri itu adalah seorang hamba, kerana dia jelas menggunakan kekayaan dan kuasa atas hidup dan mati di seluruh empayar tadi.

Jika kita mencari fenomena perhambaan, apa yang sebenarnya kita cari? Adakah label ‘hamba’ itu penting? Atau adakah realiti disebaliknya? Tentera dan pentadbir dinasti Manchu Qing China (1644-1912) adalah hamba secara teknikal (aha) dinasti itu dan dengan bangganya merujuk diri mereka demikian. Gelaran hamba kemudiannya digunakan untuk siapa saja yang berketurunan Manchu di bawah dinasti Qing. Tetapi perkataan itu tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan realiti dibawah syarat perhambaan[2]. Sehingga tahun 1800-an, pentadbiran tertinggi Empayar Uthmaniyyah berada di tangan orang yang secara teknikalnya diklasifikasikan sebagai kul (hamba-hamba sultan yang istimewa) yang mempunyai lebih banyak kuasa dan nilai berbanding rakan sejawat mereka yang merdeka.[3]

Apabila kita terjumpa dengan perkataan yang diterjemahkan sebagai ‘hamba’ dalam Bahasa Inggeris, apakah perkataan itu harus membawa makna perhambaan? Perkataan ‘hamba’ dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan Latin zaman pertengahan yang merujuk kepada orang-orang Slavik, Sclavus, kerana mereka adalah penduduk di Balkan yang mana pedagang hamba Eropah membawa kargo mereka sepanjang abad ke-13.[4] Terjemahan biasa kamus Bahasa Inggeris kepada perkataan seorang hamba adalah ‘seseorang yang dimiliki secara sah oleh orang lain dan terpaksa bekerja untuk orang itu tanpa gaji.’ Makna perhambaan ini sebagai merendahkan seorang manusia serendah harta benda yang dimiliki oleh orang lain telah menjadi tema utama bagaimana konsep itu difahami di Barat. Adalah penting untuk bagaimana gerakan-gerakan menghapuskan perhambaan memahami perhambaan pada abad ke-18 dan ke-19 apabila pergerakan untuk menamatkan perhambaan bermula. Tetapi dasar takrifan ini merujuk kembali ke sejarah warisan Barat. Ia terletak dibawah undang-undang Rom, yang membahagikan manusia/rakyat kepada dua kategori: bebas (orang bebas mempunyai ‘hak semulajadi’ untuk ‘melakukan seperti yang dikehendakinya, kecuali jika dicegah oleh kuasa undang-undang’) dan hamba, yang wujud sebagai hak milik orang lain.

Tetapi mendefinisikan perhambaan melalui konsep seperti pemilikan dan eksploitasi menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan. Apakah maksud pemilikan? Dalam undang-undang Amerika, kita memahami pemilikan sebagai ‘ikatan hak’: hak untuk menggunakan, mengecualikan, memusnahkan dan menjual. Kadang-kadang seorang pemilik mempunyai beberapa dari apa yang telah disebutkan tadi, selalunya dengan batasan yang ketara, dan kadang kala ada pemilik yang mempunyai kesemuanya. Kita mungkin tidak mengaitkan kanak-kanak sebagai ‘memiliki’ mainan mereka kerana mereka jelas tidak mengawal mereka (secara idealnya!). Tetapi kanak-kanak di Amerika secara sah ‘memiliki’ mainan yang kita berikan kepada mereka. Walaubagaimanapun, pemilikan mereka tidak lengkap kerana hak mereka untuk menggunakannya sangat dihadkan oleh ibu bapa mereka.

Pemilikan atau hakmilik adalah tentang bagaimana kita membayangkan perhubungan dan juga melaksanakan kawalan yang sebenar. Seperti yang diperkatakan oleh  ahli sejarah sosial terkenal Orlando Patterson, siapa dan apa yang kita katakan yang kita miliki adalah sebenarnya perkara adat dan adab kita[5]. Orang-orang Amerika moden akan terkejut dengan  idea untuk ‘memiliki’ anak-anak mereka, tetapi dari zaman Rom sehingga zaman pertengahan di Eropah ibu bapa boleh dan telah menjual anak-anak mereka sebagai hamba kepada pemiutang untuk membayar hutang. Selain itu, ibu bapa yang miskin yang  meninggalkan anak-anak mereka adalah sumber biasa untuk pasaran hamba di Eropah.[6] Namun semua kanak-kanak ini bermula secara teknikalnya ‘bebas’ dari segi undang-undang, tidak dimiliki secara sah oleh sesiapa sahaja. Di Amerika Syarikat, isteri dan suami mempunyai banyak tuntutan dan kuasa atas satu sama lain dan hasil pencarian mereka, seperti yang dapat kita lihat semasa perceraian.[7] Tetapi kita tidak akan pernah bercakap tentang perkahwinan sebagai hubungan pemilikan. Konvensyen di awal empayar China adalah berbeza. Di sana, suami secara kerap menyenaraikan isteri mereka (yang bebas!) sebagai harta dalam wasiat mereka, mewariskan mereka kepada rakan-rakan mereka.[8] Apa yang lebih menakjubkan, antara tahun 1760 dan 1880—kurang dari satu setengah abad yang lalu—terdapat 218 kes dimana orang-orang Inggeris menganjurkan lelongan untuk menjual isteri-isteri mereka, malah ada juga yang mengiklankan lelongan ini didalam akhbar.[9]

Apa maksudnya untuk ‘memiliki’ seseorang? Adakah ia bermakna mempunyai kawalan penuh terhadap mereka? Kita mempunyai kawalan penuh ke atas anak-anak muda kita, tetapi, tidak seperti kerusi atau pena, kita tidak boleh membahayakan mereka secara fizikal tanpa menerima pertuduhan undang-undang. Sebenarnya, perbezaan antara pemilikan dan kawalan ini tidak begitu berguna untuk mengklasifikasikan sebuah perhambaan. Sama seperti anak-anak kita hari ini, adalah tidak dibenarkan bagi orang Islam untuk membunuh atau mendatangkan kecederaan serius kepada anak-anak mereka, dan mereka yang melakukannya akan menghadapi pertuduhan di bawah undang-undang. Dalam beberapa konteks, tafsiran pemilikan mungkin gagal sepenuhnya sebagai satu konsep untuk memahami perhambaan. Perhambaan wujud pada zaman pemerintahan empayar China, tetapi ia tidak dikonsepkan sebagai pemilikan. Hamba tidak ‘dimiliki’ secara sah kerana secara teknikalnya undang-undang mereka tidak dapat mengkategorikan orang sebagai ‘benda.’[10]

Jika kita berfikir tentang perhambaan sebagai eksploitasi, adakah perhambaan tidak bayar sebarang pampasan kepada sebarang kerja yang telah mereka lakukan? Sokollu Mehmet Pasha adalah seorang hamba yang dimiliki oleh Sultan kerajaan Uthmaniyyah, tetapi beliau juga dibayar dengan gaji yang banyak untuk kerjanya sebagai wazir besar. Saffron dimiliki oleh tuannya, tetapi hanya sebahagian sahaja, kerana dia sudah membeli kembali sebahagian kebebasannya melalui gaji yang diperolehnya di tempat lain pada masa dia tidak bekerja di rumah tuannya. Dia tidak menerima gaji dari tuannya, tetapi tuannya membayar dengan makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Mungkin secara kebetulan, dalam hal ini, hamba itu tidak berbeza dengan anak tuannya sendiri. Kedua-duanya adalah tanggungannya, bergantung kepada sokongannya untuk keperluan asas mereka.

Kita biasanya memikirkan perhambaan sebagai sesuatu yang wujud dalam sebuah dikotomi bersama kebebasan. Tetapi apakah maksud kebebasan? Seperti yang diperkatakan oleh sarjana undang-undang Vaughan Lowe, membalikkan kata-kata terkenal Rousseau tentang keadaan semula jadi manusia, “Manusia dilahirkan di rantai, tetapi di mana-mana sahaja dia menganggap dirinya bebas.”[11] Hampir tidak ada manusia yang bebas daripada kebergantungan kepada orang lain dan masyarakat secara keseluruhannya. Hampir setiap orang terpaksa bekerja untuk mendapatkan upah untuk membeli makanan. Anak lelaki dalam rumah yang kita lawati di Mekah secara teknikalnya bebas tetapi dia bergantung kepada bapanya untuk segala keperluannya dan terpaksa mengikuti atau menghadapi kemarahan bapanya. Jika dia melarikan diri dari rumahnya untuk melepaskan diri dari ayahnya yang jahat, dia akan dihina oleh semua orang yang dikenali dan disayanginya. Sementara itu, hamba lelaki yang menggunakan masa rehatnya pada waktu malam untuk mendapatkan wang sendiri dan akan segera bebas dari tuannya. Siapakah yang sebenarnya bebas dalam keadaan ini?

Secara teorinya, kita di Barat mewarisi pemahaman kebebasan dari zaman klasik Yunani dan Rom, dimana ‘kebebasan’ adalah sebuah kategori perundangan rakyat dibawah sebuah republik demokratik. Seorang yang bebas adalah seorang yang berautonomi, bebas untuk melakukan apa sahaja yang dia kehendaki kecuali jika undang-undang melarangnya. Semua orang adalah hamba. Tetapi pada zaman-zaman klasik, definisi undang-undang kebebasan ini tidak lebih daripada “hujah retorik”, seperti yang dikatakan oleh seorang sarjana, kerana pada hakikatnya hanya segelintir rakyat di dunia Yunani dan Rom yang ‘bebas’ mengikut definisi ini. Hampir semua orang dikekang oleh rantaian sosial, ekonomi, dan juga kuasa yang kuat.[12] Ironinya, walaupun mengikut teori ini, pengertian kebebasan hanya berlaku dalam demokrasi liberal. Didalam sebuah autokrasi—sepertimana amalan majoriti tamadun sejarah dunia—hampir semua orang tidak mempunyai sebarang kebebasan jika mengikut definisi ini.[13]

Kebebasan juga tidak wujud dalam satu definisi tunggal. Ia selalunya adalah berhubungkait, berkembang atau menguncup bergantung pada hubungan yang dipersoalkan. Dalam dunia Mediteranian purba dan abad pertengahan ( Eropah dan tamadun Islam), subordinasi keras seorang hamba tidak mutlak. Mereka tunduk hanya kepada tuannya, bukan kepada masyarakat keseluruhannya. Oleh itu, pemilik-pemilik hamba Rom dan kemudian Byzantine menggunakan hamba-hamba ini untuk menguruskan kedai-kedai mereka dan menjadi wajah umum perniagaan mereka, berunding dan berdebat dengan pelanggan dan kontraktor yang ‘merdeka’ setiap hari.[14] Hamba bukan tangga paling rendah di tangga di jalan-jalan di Rom atau Constantinople / Istanbul. Jika tuan mereka adalah orang yang berkuasa atau kaya, hamba-hamba itu menikmati status hubungan itu dalam kehidupan awam. Status hamba bergantung pada status tuannya.

Bagaimana Kita Melihat Perhambaan– Perhambaan ‘Kambing’ Amerika

Sekarang anda seharusnya dapat melihat bahawa apa-apa persoalan mengenai perhambaan adalah sangat rumit. Salah satu cabaran terbesar para ahli sejarah dan ahli antropologi yang berminat dalam hal perhambaan ini ialah sama ada terdapat beberapa institusi perhambaan tunggal yang wujud sepanjang masa dan ruang yang dapat dikaji.[15] Adalah amat mengujakan untuk mengandaikan bahawa, walaupun butirannya mungkin berbeza, terdapat sesuatu yang disebut perhambaan di luar sana, wujud sepanjang sejarah kemanusiaan, dan kita akan tahu jika kita melihatnya. Tetapi, sudah tentu, sebagai perjalanan hipotetikal kita dalam TARDIS menunjukkan, apa yang akan kita faham sebagai perhambaan ditentukan oleh memori budaya kita sendiri tentang apa maksud perhambaan dalam kata bahasa Inggeris \ˈslā-v(ə-)rē\(slavery) kepada kita.

Apabila seorang rakyat Amerika fikirkan tentang perhambaan, dia akan fikirkan tentang Twelve Years A Slave and RootsImej-imej yang digambarkan meninggalkan kesan mendalam di dalam minda kita: kumpulan-kumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak Afrika ditangkap oleh pedagang hamba tanpa belas kasihan, dipisahkan dari tempat tinggal dan keluarga mereka, disumbat kedalam ruang sempit kapal-kapal seperti kambing, dijual seperti lembu-lembu di tempat lelongan kepada ladang-ladang milik orang kulit putih, mereka bekerja dibawah penindasan, dipukul dengan cemeti tanpa belas kasihan sepanjang hidup mereka. Perhambaan dalam memori budaya kita adalah ‘dosa asal’ Amerika: pengubahan taraf seseorang, tanpa rela, ke status harta, dimiliki oleh orang lain yang memiliki hak mutlak ke atas kerja buruh mereka dan juga mengabaikan hak asasi mereka ke atas kebebassan dan keluarga.

Spektrum Tenaga Buruh

Namun apa yang kita telah lihat, pemilikan, kebebasan, dan eksploitasi datang dalam rona-rona kelabu. Mereka wujud dalam pelbagai spektrum. Ahli-ahli sejarah dan sosiologi telah cuba memberikan kategori kepada spektrum ini, sebahagiannya untuk menentukan sama ada kita boleh benar-benar berbincang mengenai perhambaan sebagai sesuatu yang berasingan daripada bentuk buruh paksa atau penghambaan sukarela. Kategori utama mengenai ‘kesinambungan pergantungan’ ini selain dari perhambaan adalah:[16]

  • Serfdom (perhambaan kerja): Di Eropah, tradisi ini dapat dilihat sejauh zaman Yunani kuno. Pekerja-pekerja, biasanya petani-petani, bebas dalam maksud bahawa mereka memiliki pakaian, alat, ternakan dan buah-buahan mereka sendiri. Tetapi mereka terikat di tanah dimana mereka tinggal atau kepada tuan tanah mereka ke mana sahaja mereka pergi.[17] Serfdom di Eropah berkembang sebagai status petani merdeka dan tawanan perang Barbarian yang menetap di penghujung Empayar Rom dimasukkan ke dalam satu kelas “seakan-akan penghambaan” yang tidak terlalu berbeza dari perhambaan.[18] Serfdom pupus di kebanyakkan negara-negara Eropah Barat akibat dari kedatangan Wabak Hitam (the Black Death) pada tahun 1300-an, namun ia terus diamalkan dalam institusi-institusi villeinage (perhambaan) di England sehingga tahun 1600 dan berterusan sehingga tahun 1800-an di kawasan-kawasan perlombongan di Scotland dan kawasan-kawasan yang bertutur dalam bahasa German. Serfdom paling dikaitkan dengan negara Rusia, dimana mereka hanya mula menggantikan perhambaan dalam bidang pertanian dan domestik pada lewat 1600-an dan awal 1700-an.[19]
  • Hubungan Tuan/Hamba: Apabila serfdom terhapus dari Eropah Barat, ia digantikan oleh hubungan pekerja buruh dan pemilik tanah atau majikan. Berbeza dengan tanggapan moden mengenai kontrak pekerja, kegagalan memenuhi kontrak ini adalah satu kesalahan jenayah. Hanya koloni British di Amerika Utara sahaja yang mengamalkan tenaga kerja bebas pada tahun 1700-an, dan ini tidak muncul di Britain hingga 1875.[20]
  • Perhambaan Hutang: Ini telah menjadi salah satu bentuk buruh paksa yang paling meluas. Apabila seseorang tidak dapat membayar hutang, dia menjadi hamba pemiutang. Ini sangat biasa berlaku di Asia Tenggara, di mana model perhambaan Barat kita sangat jarang berlaku.[21]
  • Pekerja Buruh Terikat/Perhambaan Bersyarat: Ia sama seperti perhambaan hutang dan telah menjadi perkara yang sangat biasa dalam sejarah. Seseorang dengan sukarelanya menandatangani perjanjian untuk menukar tenaga mereka dan kehilangan beberapa kebebasan untuk tempoh masa yang ditetapkan sebagai balasan untuk beberapa perkhidmatan atau bayaran pendahuluan. Ini berbeza dengan perhambaan hutang kerana seseorang itu secara sukarela menyerahkan diri mereka dan beberapa tahap kebebasan mereka.

Kategori ini tidak tetap ataupun tertutup rapat. Ia saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain, menjadikannya sangat sukar untuk menghasilkan satu garisan yang jelas untuk membezakan perhambaan dari bentuk-bentuk lain buruh paksa. Serf (pekerja-pekerja) perlombongan di Scotland sering memakai pakaian dengan nama tuan mereka pada kolar baju mereka, contohnya, adalah sesuatu yang mungkin kita dikaitkan dengan perhambaan[22]. Hamba perjanjian dari Britain, dimana dua pertiga daripada mereka adalah pendatang ke koloni British Amerika Utara sebelum 1776, boleh dijual, bekerja sehingga menjadi terlalu letih dan dipukul kerana salah laku. Mereka tidak boleh berkahwin dan, di Virginia sekurang-kurangnya, boleh dipotong tangan atau kaki mereka sebagai hukuman jika mereka cuba melarikan diri. Manakala di Maryland pula hukumannya  adalah hukuman mati.[23]

Perhambaan pada zaman  kolonial Amerika adalah lebih teruk, kerana ia berkekalan. Sebaliknya, seawal tahun 1400-an di Empayar Uthmaniyyah tawanan perang yang ditangkap dalam peperangan kadang-kadang diuruskan untuk mengerjakan tanah milik sultan. Walaupun dari segi teknikalnya ini adalah perhambaan, keadaan mereka lebih dekat kepada serfdom. Hamba-hamba ini boleh membina keluarga yang bertahan bergenerasi dan mewariskan tanah yang mereka kerjakan kepada anak-anak mereka. Sekiranya ketua rumahtangga mati tanpa anak-anak, harta pusakanya akan kembali ke perbendaharaan kerajaan. Kemudian, sebagai bandar-bandar Uthmaniyah melalui zaman industrialisasi, pemilik kilang lebih suka menggunakan buruh hamba kerana hamba tidak akan meninggalkan kerja mengikut musim di tempat lain. Dengan menyetujui kontrak mukataba dengan hamba-hamba ini -di mana mereka boleh membeli semula kebebasan mereka sendiri secara ansuran- pemilik-pemilik kilang ini dapat memaksimumkan produktiviti hamba-hamba tersebut.[24] Mereka ini, pada dasarnya, adalah lebih seperti buruh yang diupah untuk bekerja dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam hubungan tuan / hamba daripada perhambaan.

Kita mungkin fikir perhambaan adalah berbezakan dari jenis buruh paksa kerana pilihan sendiri. Buruh perjanjian memilih untuk menandatangani kontrak tersebut. Seorang hamba tidak mungkin akan memilih menjadi hamba, bukan? Tetapi realitinya adalah lebih rumit. Dalam sistem perhambaan di luar Amerika, ‘perhambaan sukarela’ bukanlah sesuatu yang asing.[25] Pada zaman Dinasti Ming di China ramai penyewa miskin telah menjual diri mereka ke dalam perhambaan apabila mereka tidak dapat membayar sewa.[26] Pada tahun 1724, Maharaja (Czar) Russian telah menghapuskan perhambaan dan mengubah status kesemua hamba di Rusia kepada serf kerana golongan serf menawarkan diri mereka sebagai hamba untuk mengelak dari membayar cukai; serf mesti membayar cukai tetapi hamba tidak perlu.[27] Terdahulu, pada abad ke 15 di kawasan pentadbiran duchy of Muscovy, apa yang cendekiawan gelarkan ‘kontrak perkhidmatan perhambaan terhad’ menjadi kebiasaan. Dalam kontrak sedemikian, seseorang meminta pinjaman daripada seseorang yang kaya untuk dibayar semula dalam tempoh satu tahun, dan juga dalam masa yang sama akan bekerja untuk mereka untuk mengelak daripada membayar bunga. Jika peminjam tidak dapat membayar balik pemiutang dalam tempoh setahun, mereka akan menjadi hamba mereka. Selalunya, mereka akan menjadi hamba seumur hidup. Jenis perhambaan ini menggantikan semua bentuk perhambaan di Rusia. Namun begitu, terdapat juga penghambaan kontrak yang pada masa yang sama, apa yang berbeza dari perhambaan adalah hamba kontrak ini tidak boleh disakiti secara fizikal oleh tuan mereka.[28]

Tidak seperti buruh terikat atau serf, kita mungkin memahami hamba sebagai orang yang tidak mempunyai perlindungan undang-undang yang sedikit ataupun langsung tidak dilindungi. Inilah yang sering berlaku. Di Dinasti Ming di China, hamba sering dirujuk sebagai “bukan manusia.” Mereka bukan sahaja tidak boleh memiliki harta, berkahwin atau mempunyai anak yang sah, tetapi jika mereka dibunuh, ia tidak menimbulkan masalah undang-undang.[29] Dikalangan orang-orang Toraja di Sulawesi (kini Indonesia), seseorang yang telah disabitkan dengan suatu jenayah berat boleh menggantikan dirinya dengan seorang hamba miliknya untuk dihukum dan bukannya dirinya sendiri.[30] Seorang hakim di South Carolina pada 1847 telah mengisytiharkan bahawa seorang hamba “tidak boleh menggunakan magna carta mahupun undang-undang biasa”; kerana bagi seorang hamba, undang-undang itu adalah apa sahaja yang telah dikatakan oleh tuannya.[31]

Bukan sahaja realiti undang-undang ini adalah rumit, begitu juga realiti sosial di sebaliknya. Dalam undang-undang Rom, seorang hamba telah dikonseptualisasikan sebagai orang yang tidak mempunyai hak. Kerana mereka, secara teorinya, adalah tawanan perang yang telah diselamatkan dari hukuman mati, mengikut undang-undang telahpun meninggal dunia.[32] Dan pada zaman pemerintahan Republik Rom (abad ke 6 sehingga abad pertama sebelum masihi),tidak ada sekatan undang-undang terhadap layanan seorang tuan terhadap hamba-hambanya. Tetapi undang-undang sedemikian tidak begitu membantu dalam membezakan orang yang merdeka bebas dari hamba, namun, sejak ketua-ketua keluarga Rom pada waktu itu juga menikmati teori ‘kuasa hidup dan mati’ keatas setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam dalam keluarganya.[33] Dengan peningkatan jumlah hamba-hamba di Empayar Rom, undang-undang telah diwujudkan untuk perlindungan. Dibawah pemerintahan Maharaja Hadrian (m. 138 CE) hukuman yang melampau telah dilarang, termasuk membunuh hamba tanpa penentuan undang-undang. Maharaja-maharaja Antoninus Pius (m. 161 CE) dan kemudiannya Constantine (m. 337 CE) telah menegaskan bahawa jika seorang tuan membunuh hamba di dengan kejam atau dengan hukuman yang melampau dia adalah disabitkan dengan kesalahan membunuh dan mengikut kod perundangan Maharaja Justinian (m. 565 CE) adalah jelas bahawa hak tuan untuk melakukan keganasan kepada hamba beliau adalah terhad kepada pendisiplinan yang munasabah.[34]

Pada awal penubuhan Amerika, kesemua tiga belas koloni mempunyai undang-undang yang mengawal selia bangsa dan perhambaan, yang sering dikemas kini. Walaupun sepuluh negeri di Selatan mempunyai kod hamba yang menganggap penganiayaan hamba-hamba adalah jenayah, penganiayaan ini hanya berhubungkait keseriusan ketidakpatuhan atau kesalahan yang dituduh oleh tuannya. Amputasi anggota badan, pengasingan, dan hukuman mati dibenarkan sebagai hukuman jika jenayah yang dilakukan adalah teruk. Dan hampir mustahil bagi hamba untuk mencabar sebarang layanan di mahkamah, kerana mereka tidak dapat memberi keterangan. Walaubagaimanapun, di Carolina Utara dan Virginia, segelintir pemilik hamba kulit putih dihukum mati atau dipenjarakan kerana membunuh atau melayan hamba mereka dengan kejam.[35]

Takrifan yang tidak pernah berfungsi

Seperti yang telah diamati oleh cendekiawan terkemuka perhambaan, David Davis, “Semakin banyak kita belajar tentang perhambaan, semakin semakin untuk kita tafsirkannya.”[36] Terbukti sebuah definisi perhambaan trans-sejarah adalah susah untuk ditemui. Seperti seorang cendekiawan perhambaan Uthmanian katakan, adalah sukar untuk menganggap perhambaan sebagai sebuah fenomena yang boleh didefinisikan hanya dari Empayar Uthmaniah, apatah lagi dari segi global (walaupun dia menekankan bahawa jenis perhambaan di wilayah Uthmaniyyah berbeza dalam darjah tetapi tidak berbeza dalam jenisnya).[37] Nur Sobers-Khan telah mengkaji perhambaan di Istanbul Uthmaniah, bahawa ia begitu pelbagai sehingga tidak masuk akal untuk membicarakan perhambaan sebagai fenomena yang bergabung walaupun di satu kota, apalagi di seluruh wilayah Mediterranean.[38] Para sarjana juga tidak dapat bersetuju di mana untuk bermula. Banyak ahli sejarah, yang berdasarkan paradigma Marxis, telah berusaha untuk menjelaskan perhambaan sebagai fenomena ekonomi semata-mata . Lain-lainnya , terutamanya sarjana perhambaan di dunia Islam, menegaskan bahawa perhambaan sering kali lebih kepada fenomena sosial. Takrifan perhambaan cenderung berlegar di sekitar tiga pendapat: hamba sebagai orang luar yang tidak berkeluarga, hamba sebagai harta, dan hamba sebagai objek keganasan.[39] Tetapi untuk definisi untuk memadankan semua perkara yang orang-orang hari ini sering kaitkan dengan perhambaan, definisi itu adalah samar-samar dan hampir tidak berguna. Jadi perhambaan adalah “buruh paksa satu kumpulan kepada kumpulan yang lain,” menurut beberapa saintis sosial.[40] Manakala mereka yang lain telah mencadangkan bahawa hamba itu adalah selalunya orang buangan.[41] Menurut Davis, untuk menerapkan menerusi sejarah manusia, perhambaan hanya boleh didefinisikan sebagai “kebencian” sosial yang melampau; apa pun hierarki, hamba akan sentiasa berada di bawah.[42]

Sesetengah sarjana telah mencadangkan lebih banyak definisi khusus untuk perhambaan sebagai sebuah keadaan ekonomi, undang-undang, dan sosial. Salah seorang dari mereka berpendapat bahawa perhambaan adalah satu cara eksploitasi yang unik dicirikan dengan cara mereproduksi dirinya sendiri, iaitu melalui keganasan politik atau penangkapan dalam peperangan.[43]

Takrifan yang paling berpengaruh, dan khusus berasal dari Orlando Patterson, yang mentakrif perhambaan sebagai sentiasa memiliki tiga ciri berikut. Pertama, perhambaan melibatkan penguasaan berterusan yang akhirnya dikuatkuasakan oleh keganasan. Kedua, perhambaan melibatkan keadaan pengasingan fitrah, “kehilangan hubungan kelahiran dalam kedua-dua generasi menaik dan menurun” yang menghalang membuat tuntutan kelahiran atau mewariskan kepada anak-anak seseorang yang lain dan yang memutuskan hubungan hamba itu dari keluarga dan masyarakat kecuali dibenarkan oleh tuan-tuan mereka. Mereka tidak mewarisi sebarang perlindungan atau keistimewaan dan tidak dapat mewariskannya kepada anak-anak mereka. Akhirnya, hamba tidak memiliki apa-apa kehormatan. Perhambaan oleh itu didefinisikan sebagai “penguasaan yang kekal, kejam, orang-orang yang diasingkan dan secara umumnya tidak diberi kehormatan.”[44]

Namun definisi Patterson gagal untuk digunakan dalam pelbagai situasi dari apa yang kita maksudkan tentang perhambaan. Kadang-kala hamba-hamba yang menguasai orang-orang yang merdeka, seperti tentera-tentera hamba Turki khalifah Abbasiyah pada abad ke 9 dan awal abad ke 10. Malah sebelum Uthmaniyyah memulakan sistem hamba-hamba kerajaan mereka, Mesir dan Syria diperintah oleh negara Mamluk (yang membawa maksud literal, ‘hamba) (c. 1260-1517). Walaubagaimanapun mereka dimerdekakan setelah tamat latihan tentera, panglima-panglima perang Turki dan Caucus Dinasti Mamluk telah berkali-kali menghasilkan semula format yang sama dengan membawa tentera-tentera hamba yang baharu ke dalam pemerintahan ketenteraan yang elit yang didefinisikan oleh pengalaman hamba tentera mereka.[45] Jauh dari dijajah oleh sesiapa, mereka adalah tuan mereka sendiri dan menguasai seluruh negeri dan masyarakat. Patterson berhujah bahawa hamba elit dalam tamadun Islam masih tidak berkuasa kerana nasib mereka masih tergantung pada kehendak tuan mereka. Tetapi kekerapan hamba-hamba Turki Abbasid, Mamluk Mesir, dan Janissaries Uthmaniyyah menyerang tuan-tuan mereka apabila mereka merasakan ia adalah waktu yang sesuai menunjukkan yang sebaliknya.

Begitu juga orang yang mengenal pasti diri mereka sebagai hamba yang diasingkan. Hamba imigran Byzantium boleh memiliki harta dan mewariskannya kepada anak-anak mereka.[46] Hamba-hamba pertanian Uthmaniyyah yang menetap di atas tanah-tanah empayar mewariskan ladang-ladang mereka kepada anak-anak mereka bergenerasi lamanya. Berbeza dengan perhambaan Rom, di mana status ibu seorang anak menentukan statusnya, pendapat utama dalam Syariah ialah seorang hamba perempuan yang melahirkan anak tuannya menjadi bebas apabila tuannya mati, termasuk anaknya. Sehingga masa itu, dia tidak boleh menjualnya. Berbeza sekali dari dipisahkan dari anaknya, statusnya sebagai anak seorang yang merdeka  memberi jaminan kebebasan ibunya. Hamba-hamba elit kerajaan seperti Sokollu Mehmet Pasha secara teknikalnya terasing dalam erti kata, menurutundang-undang Shariah di Uthmaniyyah, kekayaan mereka dikembalikan kepada perbendaharaan (baitulmal) setelah kematiannya. Namun pada realitinya, apabila seorang hamba elit kerajaan seperti Sokollu meninggal dunia, apa yang berlaku adalah satu bentuk rundingan antara pegawai negeri dan pewaris. Oleh kerana ramai hamba-hamba ini telah mengumpul—dan menyimpan—kekayaan yang banyak, ia lebih cekap bagi kerajaan untuk berunding untuk sebahagiannya sebagai balasan kerana membenarkan ahli waris menerima bakinya tanpa kekangan undang-undang.[47] Di sini, pengasingan fitrah seseorang hamba itu berfungsi lebih kepada cukai kerajaan yang luar biasa daripada  penafian mutlak hak mereka untuk menyerahkan harta mereka kepada pewaris mereka. Terdapat juga cara lain yang mudah untuk mengelakkan pengasingan kekayaan fitrah. Seperti mana-mana warganegara Empayar Uthmaniyyah yang kaya raya, hamba-hamba kerajaan boleh meletakkan kekayaan mereka sebagai wakaf (Ar. Waqf, awqaaf) dan menjadikan keturunan mereka sebagai waris.[48]

Selain itu, anak-anak hamba-hamba kerajaan Uthmaniyyah tidak boleh menyalurkan kekayaan mereka kepada anak-anak mereka (ia kembali ke perbendaharaan kerajaan selepas kematian mereka), tetapi anak-anak mereka mengekalkan keistimewaan bapa-bapa mereka dari segi kekuasaan dan status ibu-ibu mereka. Isteri Sokollu Mehmet adalah anak perempuan sultan, maka anak-anaknya mencapai kedudukan tinggi. Apa yang lebih menarik ialah, dalam pelbagai kes, hamba-hamba kerajaan Uthmanah memelihara hubungan mereka dengan keluarga asal mereka di kawasan Kristian di Balkan, menggunakan kuasa baru mereka untuk menaikkan status saudara-saudara mereka.[49] Sokollu Mehmet melantik saudaranya lelakinya sebagai Patriarch Ortodoks di Balkan, dan sepupunya kemudian mengikutinya ke pejabat wazir besar.[50] Kemudian, pada akhir abad ke 18, hamba elit Georgia yang bertanggungjawab untuk menguruskan wilayah Uthmaniyyah Mesir mengekalkan hubungan rapat dengan keluarga mereka kembali ke Caucasus dan juga menerima lawatan dari mereka.[51]

Kadang-kadang mengeksploitasi hubungan keluarga adalah salah satu tujuan utama perhambaan. Walaupun dari segi teknikalnya mereka adalah hamba, orang Kristian Eropah yang ditangkap oleh pasukan tentera laut Uthmaniyah Algiers pada abad ke 18, sering lebih seperti tebusan. Mereka boleh menghantar dan menerima surat dari keluarga mereka dan, jika tuan mereka bernasib baik, keluarga mereka membayar wang tebusan untuk membebaskan mereka. Dalam masa yang sama, mereka boleh memiliki harta, berkerja untuk mendapatkan wang (mereka yang ditugaskan untuk kerja elit seperti cofeegi, pembuat kopi, mungkin menjalani hidup yang lebih baik daripada di negara asal mereka), dan bercampur-gaul dengan bebas.[52]

Perhambaan dalam Islam– Sebuah Persoalan Politikal

Sebelum membincangkan bagaimana perhambaan itu wujud dalam Islam, kita perlu beri perhatian bahawa ini bukanlah soalan yang ditanya dalam sebuah vakum. Ia belum sampai dua abad. Dalam perbualan dan perdebatan maklum balas berikut, ‘Nah, adakah itu bermakna perhambaan adalah ok?’ adalah kunci utama terhadap seseorang yang berhujah untuk mendapatkan nilai yang berbeza. Perhambaan adalah contoh ideal untuk digunakan kerana kejahatannya sangat jelas dan sangat diakui. Siapa yang akan mempertahankan perhambaan? Ia bagaikan Hitler kepada amalan manusia. Namun walaupun ia berkuasa, perkataan ‘perhambaan’ jarang ditakrifkan. Dari sudut itu, ia lebih dekat dengan perkataan keganasan/terrorisme—kuasanya adalah pada andaian kepada maknanya dan kecaman moral yang dibawanya. Tetapi tafsirannya terlalu lemah.

Seperti perkataan keganasan, perhambaan juga merupakan isu politikal yang sangat mendalam, bukan seperti apa yang kita dapat lihat pada berita di kaca TV, tetapi sebaliknya dalam maksub bahawa ia secara semulajadi terikat dengan persoalan kuasa. Amalan perhambaan adalah penggunaan kuasa yang melampau oleh beberapa orang ke atas orang lain, dengan menggunakan bahasa perhambaan adalah tuntutan untuk kekuasaan moral terhadap orang lain. Tidak menghairankan bahawa para penyokong mengakhiri amalan perhambaan yang ganas, atau dieksploitasi dengan cara yang tidak diterima akal (sweatshops), perdagangan seksual kanak-kanak, perkahwinan paksa, dan perdagangan organ sering dirujuk sebagai ‘perhambaan zaman moden’. Sebab untuk menggunakan kata ‘perhambaan’ daripada definisi lain seperti buruh terikat atau buruh kanak-kanak adalah jelas: perhambaan menimbulkan reaksi emosional yang mendorong orang untuk bertindak dan menyokong sesebuah perjuangan. Dari seorang pelajar hinggalah ke selebriti, siapa yang tidak mahu menyokong penghapusan perhambaan?

Walaupun amalan sedemikian benar-benar tercela, dengan perhambaan zaman moden’ kita menghadapi beberapa masalah yang pernah kita lihat. Jika kita mengambil takrifan perhambaan yang digunakan oleh aktivis yang berjuang melawan ‘perhambaan moden’ (yang utama adalah perhambaan ‘jika anda tidak boleh tinggalkan’) dan menggunakan tafsiran mengikut sejarah Barat, kita akan dapati bahawa hampir tidak ada yang bebas mengikut piawaian mereka.[53] Seperti yang diamati oleh sesetengah sarjana, penyokong yang paling menonjol untuk menamatkan perhambaan zaman moden tidak menggunakan label ini kepada buruh paksa penjenayah dalam sistem perundangan Amerika.[54] Ini tidak syak lagi pilihan yang sangat politikal kerana bintang-bintang rock dan pelajar-pelajar akan kurang  bersedia untuk menuduh kerajaan AS terlibat dalam perhambaan yang berterusan. Jadi, walaupun ketika digunakan untuk tujuan yang mulia hari ini, ‘perhambaan’ masih merupakan kata politik yang mendalam, baik dari segi reaksi emosional dan dalam penapisan sendiri yang digunakan oleh orang ketika dan di mana ia digunakan.

Sifat politikal perhambaan amat jelas dalam sejarah Islam dan Barat. Pada abad ke 18 malah abad ke 19, rasa takut untuk ditangkap oleh lanun Islam di Atlantik dan barat Mediterranean amat kuat dalam imaginasi Eropah Barat (terutamanya British). Dan sesungguhnya beribu-ribu orang Inggeris dan Amerika telah diambil sebagai hamba sedemikian rupa. Kita masih dapat melihat jejak budaya ketakutan ini dalam filem seperti Never Say Never Again (1983), di mana James Bond menyelamatkan Kim Basinger dari sebuah lelongan hamba Arab yang dilihat seperti tiada kena mengena filem itu dan Taken (2008), dimana Liam Neeson berjaya menyelamatkan anaknya dari–pada mulanya pedangang manusia Albania (Muslim)–dan akhirnya seorang sheikh Arab yang berahi. Namun, seperti penggunaan istilah ‘perhambaan zaman moden’, perbincangan ini adalah selektif dalam tuntutannya terhadap kuasa moral Barat. Dalam era yang sama dimana orang Eropah dan Amerika mengutuk perbuatan penangkapan dan perhambaan oleh lanun Islam, perhambaan oleh orang Eropah ke atas umat Islam dari Empayar Uthmaniyyah berkembang pesat.[55] Dan memori budaya Barat kita adalah lebih selektif. Penonton wayang Barat mungkin tidak merasakan sebarang kemarahan dalam The Spy Who Loved Me (1977) ketika Bond melawat sebuah harem sahabat sheikh Arabnya dan ditawarkan salah seorang wanita(apabila di negara timur, kata sheikh itu, “seseorang itu patut menikmati harta-hartanya”). Dari tabloid-tabloid British sehinggalah pada ketika itu rakyat biasa Donald Trump, pada tahun 2015 banyak mengulang-ulang dakwaan bahawa orang Islam di utara England memikat gadis kulit putih sebagai hamba seks. Tidak dinafikan terdapat segelintir orang Islam yang melakukannya, namun beberapa laporan media menyatakan bahawa kebanyakan pesalah adalah lelaki-lelaki kulit putih.[56]

Kesimpulan: Fokus pada Keadaan, bukan Perkataan

Perkataan perhambaan menjadi politikal walaupun ketika ia telah digunakan untuk tujuan yang terbaik. Dan kuasa-kuasa politik yang telah membentuk bagaimana perhambaan difahami sering menganggu usaha terbaik mereka yang berjuang melawan eksploitasi ekstrem sesama manusia. Golongan anti-perhambaan pada abad ke 19 memilih untuk menentukan perhambaan sebagai layanan manusia sebagai harta kerana jika mereka menamakan perhambaan sebagai sebuah pengurangan atau eksploitasi yang keras, pihak pro-perhambaan lawan mereka hanya menunjuk pada kilang dan keadaan industri di England dan Amerika dan menunjukkan bahawa pekerja ‘merdeka’ juga diperlakukan sama buruk.[57]

Dengan menegaskan bahawa perhambaan adalah terdiri daripada manusia yang diperlakukan sebagai harta benda, kumpulan anti-perhambaan tidak dapat membantah eksploitasi orang-orang yang sama yang mereka cuba bebaskan apabila ia telah diisytiharkan bahawa adalah menyalahi undang-undang untuk memiliki orang. Kumpulan anti-perhambaan British telah berjaya menamatkan perhambaan di Lautan Hindi pada tahun 1830-an. Tetapi kemudian mereka mendapati bahawa buruh-buruh masih dibawa ke Afrika Timur dari India dalam keadaan mengerikan yang sama seperti hamba dan dengan kadar kematian yang sama. Mereka kini dipanggil ‘kuli’ dan bukan hamba.[58] Hari ini, beberapa dekad selepas hak undang-undang untuk memiliki manusia lain telah dimansuhkan di seluruh dunia, aktivis yang disebut sebagai kumpulan abolisionis baharu, berusaha untuk memobilisasi keprihatinan orang ramai terhadap buruh eksploitatif, telah mendefinisikan semula perhambaan sebagai ‘tidak dapat membebaskan diri’.[59]

Akhir sekali, perkataan ‘perhambaan’ boleh membawa banyak makna yang tidak begitu berguna untuk komunikasi yang tepat. Ia selalunya merujuk kepada perkara-perkara yang tidak kita maksudkan apabila kita berfikir tentang perhambaan, atau ia tidak sesuai dengan perkara yang kita kaitkan dengannya. Oleh itu, perkataan perhambaan mempunyai penggunaan terhad sebagai kategori atau alat konseptual. Lebih berguna untuk membincangkan eksploitasi tenaga kerja yang melampau dan kekurangan hak mereka yang melampau. Dalam mana-mana masyarakat, sama ada ia mempunyai ‘perhambaan’ atau tidak, kita mungkin dapat mencari keadaan sedemikian. Daripada menetapkan kata atau kategori yang tidak jelas, lebih berguna bagi kita untuk memberi tumpuan kepada keadaan yang mengawal selia dan melindungi hak-hak rakyat untuk mengelakkan penghinaan yang melampau. Dan, sebagai esei seterusnya kami akan menunjukkan, bahawa adalah tujuan utama Shariah.


[1] Tradisi perhambaan elit Uthmaniyyah mungkin telah diwarisi dari Empayar Rom dan Byzantine Empayar, di mana hamba imperial (selalunya sida) mampu berpangkat tinggi dalam tentera dan pentadbiran; Youval Rotman, Byzantine Slavery and the Mediterranean World, terjemahan Jane Marie Todd (Cambridge, MA: Harvard University Press, 2009), 104; Cam Grey, “Slavery in the Late Roman World,” in The Cambridge World History of Slavery: Volume I The Ancient Mediterranean World, ed. Keith Bradley and Paul Cartledge (Cambridge: Cambridge University Press, 2011), 499.

[2] Pamela Kyle Crossley, “Slavery in Early Modern China,” in The Cambridge World History of Slavery: Volume 3 AD 1420-1804, ed. David Eltis and Stanley Engerman (Cambridge: Cambridge University Press, 2011), 200.

[3] Christoph K. Neumann, “Whom did Ahmet Cevdet represent?,” in Late Ottoman Society, ed. Elisabeth Özdalga, 117-134.  London: Routledge, 2005), 117.

[4] David Brion Davis, Challenging the Boundaries of Slavery (Cambridge, MA: Harvard University Press, 2003), 17-18.

[5] Orlando Patterson, Slavery and Social Death (Cambridge, MA: Harvard University Press, 1982), 22.

[6] Grey, “Slavery in the Late Roman World,” 496; Rotman, Byzantine Slavery, 174-76.

[7] Patterson, Slavery and Social Death, 22.

[8] Crossley, “Slavery in Early Modern China,” 191.

[9] Julia O’Connell Davidson, Modern Slavery: The Margins of Freedom (New York: Palgrave Macmillan, 2015), 162.

[10] Crossley, “Slavery in Early Modern China,” 187.

[11] Vaughan Lowe, International Law: A Very Short Introduction (Oxford: Oxford University Press, 2015), 1.

[12] Dipetik dari Youval Rotman, Byzantine Slavery, 19.

[13] Rotman, Byzantine Slavery, 17-18.

[14] Rotman, Byzantine Slavery, 97-98.

[15] Joseph C. Miller, The Problem of Slavery as History (New Haven: Yale University Press, 2012), 12.

[16] David Eltis dan Stanley Engerman, “Dependence, Servility, and Coerced Labor in Time and Space,” dalam The Cambridge World History of Slavery Volume 3, 3.

[17] Richard Hellie, “Russian Slavery and Serfdom, 1450-1804,” dalam The Cambridge World History of Slavery Vol. 3, 276-77.

[18] Cam Grey, “Slavery in the Late Roman World,” 484-6.

[19] Hellie, “Russian Slavery,” 284, 292-93.

[20] Eltis dan Engerman, “Dependence, Servility, and Coerced Labor,” 7; Davidson, Modern Slavery, 68.  Di England isu ini dikendalikan oleh Statute of Artificers, yang mana telah diambil sedikit sebanyak oleh koloni-koloni Amerika.

[21] Kerry Ward, “Slavery in Southeast Asia, 1420-1804,” dalam The Cambridge World History of Slavery Volume 3, 165-66.

[22] Eltis and Engerman, “Dependence, Servility, and Coerced Labor,” 6.

[23] Kenneth Morgan, Slavery and Servitude in Colonial North America (New York: New York University Press, 2000), 8-9, 20; David Galenson, “The Rise and Fall of Indentured Servitude in the Americas: An Economic Analysis,” Journal of Economic History 44, no. 1 (1984): 4.

[24] Ia adalah dalam kepentingan kerajaan Uthmaniyah untuk mengekalkan kestabilan sistem pertanian; Y. Hakan Erdem, Slavery in the Ottoman Empire and its Demise, 1800-1909 (New York: St. Martin’s Press, 1996), 12-13, 15.

[25] Stanley Engerman, “Slavery at Different Times and Places,” American Historical Review 105, n. 2 (2000): 481

[26] Crossley, “Slavery in Early Modern China,” 189.

[27]  Hellie, “Russian Slavery,” 284, 293.

[28] Hellie, “Russian Slavery,” 279-80.  Penulis menyatakan terdapat persamaan antara kontrak Rusia ini dengan budaya Parsi purba yang dikenali sebagai antichrisis (seperti yang dinamakan oleh penulis-penulis Yunani).

[29]  Crossley, “Slavery in Early Modern China,” 191.

[30] Ward, “Slavery in Southeast Asia,” 171.

[31] Lawrence M. Friedman, A History of American Law, 2nd ed. (New York: Simon & Schuster, 1985), 225.

[32] W.W. Buckland, The Roman Law of Slavery (New York: AMS, 1969, reprint of 1908 Cambridge U. Press edition), 2-3.

[33] Yan Thomas, “Vitae Necisque Potestas: Le Père, La Cité, La Mort,” Publications de l’École Française de Rome (1984): 499–548.

[34] Buckland, The Roman Law of Slavery, 36-8.

[35] Kenneth Morgan, Slavery and Servitude in Colonial North America, 35, 77; Ira Berlin, Many Thousands Gone: The First Two Centuries of Slavery in North America (Cambridge, MA: Belknap Press, 1998), 116; Paul Finkelman, “Slavery: United States Law,” dalam Oxford International Encyclopedia of Legal History, 5:258-262; Friedman, A History of American Law, 225-6.

[36] David Brion Davis, Slavery and Human Progress (Oxford: Oxford University Press, 1984), 8.

[37] Ehud Toledano, Slavery and Abolition in the Ottoman Middle East (Seattle: University of Washington Press, 1998), 164-65; Toledano, As if Silent and Absent: Bonds of Enslavement in the Islamic Middle East (New Haven: Yale University Press, 2007), 21.

[38] Rujuk Nur Sobers-Khan, Slaves without Shackles: Forced Labour and Manumission in the Galata Court Registers1560-1572 (Berlin: Klaus Schwarz Verlag, 2014).

[39] Martin Klein, “Introduction,” dalam Breaking the Chains: Slavery, Bondage, and Emancipation in Modern Africa and Asia, ed. Martin Klein (Madison: University of Wisconsin Press, 1993), 4-5.

[40] Rodney Coates, “Slavery” dalam Blackwell Encyclopedia of Sociology, ed. George Ritzer (Oxford: Blackwell, 2007).

[41] A. Testart, “The Extent and Significance of Debt Slavery,” Revue Française de Sociologie 43 (2002): 176.

[42] Davis, Slavery and Human Progress, 17-19; Brenda Stevenson, What is Slavery? (Malden, MA: Polity, 2015), 8.

[43] Claude Meillassoux, The Anthropology of Slavery (London: Athlone, 1991).

[44] Orlando Patterson, Slavery and Social Death (Cambridge, MA: Harvard University Press, 1982), 7-8, 13.

[45] Nasser Rabbat, “The Changing Concept of the Mamlūk in the Mamluk Sultanate in Egypt and Syria,” dalam Slave Elites in the Middle East and Africa, ed. Miura Toru dan John Edward Philips (London: Kegal Paul, 2000), 89, 97.

[46] Rotman, Byzantine Slavery, 104.

[47] Rujuk Ali Yaycıoğlu, “Wealth, Power and Death: Capital Accumulation and Imperial Seizures in the Ottoman Empire (1453-1839)” di
http://www.econ.yale.edu/~egcenter/Yaycioglu%20-%20Wealth%20Death%20and%20Power%20-%20November%202012.pdf.

[48] Leslie Pierce, Morality Tales: Law and Gender in the Ottoman Court of Aintab (Berkeley: University of California Press, 2003), 315; Toledano, As if Silent and Absent, 25; Ebru Boyar dan Kate Fleet, A Social History of Ottoman Istanbul (Cambridge: Cambridge University Press, 2010), 147-48.

[49] Dror Ze’evi, “My Slave, My Son, My Lord: Slavery, Family and the State in the Islamic Middle East,” dalam Slave Elites in the Middle East and Africa, 75.  Rujuk artikel Metin Kunt, “Ethnic-Regional (Cins) Solidarity in the Seventeenth-Century Ottoman Establishment,” International Journal of Middle East Studies 5, no. 3 (1974): 233-39.

[50]  Veinstein, G., “Soḳollu Meḥmed Pas̲h̲a”, dalam: Encyclopaedia of Islam, Second Edition, Edited by: P. Bearman, Th. Bianquis, C.E. Bosworth, E. van Donzel, W.P. Heinrichs. Dirujuk atas talian pada 21 November 2016 <http://dx.doi.org.proxy.library.georgetown.edu/10.1163/1573-3912_islam_SIM_7090> Pertama kali diterbitkan atas talian: 2012

[51] Daniel Crecelius dan Gotcha Djaparidze, “Relations of the Georgian Mamluks of Egypt with Their Homeland in the Last Decades of the Eighteenth Century,” Journal of the Social and Economic History of the Orient 45, no. 3 (2002): 326.

[52] Christine E. Sears, “‘In Algiers, the City of Bondage’: Urban Slavery in Comparative Context,” dalam New Directions in Slavery Studies, ed. Jeff Forret and Christine E. Sears (Baton Rouge: Louisiana State University Press, 2015), 203, 207, 211.

[53] Julia O’Connell Davidson, Modern Slavery: The Margins of Freedom (New York: Palgrave Macmillan, 2015), 3, 6, 22-23, 37-39, 69, 169.

[54] Davidson, Modern Slavery, 100

[55] William Clarence-Smith dan David Eltis, “White Servitude,” 139, 144.

[56] thestar.co.uk/news/majority-of-rotherham-child-exploitation-suspects-are-white-claims-new-report-1-739263

[57] Davidson, Modern Slavery, 33.

[58] Davidson, Modern Slavery, 32.

[59] Kevin Bales, Understanding Global Slavery (Berkeley: University of California Press, 2005), 52-54.

Avatar

Dr. Jonathan Brown

DIRECTOR OF RESEARCH | Dr. Jonathan A. C. Brown is a Director of Research at Yaqeen Institute, and an Associate Professor and Chair of Islamic Civilization at Georgetown University. He is the editor in chief of the Oxford Encyclopedia of Islam and the Law, and the author of several books including Misquoting Muhammad: The Challenges and Choices of Interpreting the Prophet's Legacy.