Hukuman Rejam & Memotong Tangan: Memahami Hudud & Syariah Islam
Negara-negara barat seringkali mengaitkan Islam dengan hukuman rejam dan memotong tangan. Banyak filem-filem barat memberikan gambaran bahawa perkara ini memang sebati dengan budaya kita, dari filem sepopular Robin Hood: Prince of Thieves (1991) hinggalah filem yang teruk kualitinya seperti Escape: Human Cargo (1998) di mana treler promosinya memberikan gambaran buruk terhadap Islam dengan menggunakan ayat seperti... ‘Jika kamu tidak mahu mengikut undang-undang, kamu akan mati kerananya’. Tiada contoh yang lebih baik untuk melihat bagaimana masyarakat kita tidak memahami Islam dan tradisi undang-undangnya, yang dikenali sebagai Syariah. Merejam dan memotong tangan terkandung di dalam undang-undang Syariah, namun fungsi sebenarnya hanya dapat difahami apabila melihat dengan teliti susunan undang-undang tersebut. Selepas itu barulah kita dapat memahami hukuman yang paling keras yang diunjurkan oleh undang-undang Syariah iaitu Hudud.
Sebuah Idea Hukum Dari Allah
Shariah bukanlah sebuah kod undang-undang yang dicetak di dalam pelbagai jilid. Ia merupakan sebuah idea kepada hukum Tuhan. Seperti mana konsep luas undang-undang yang lain seperti ‘undang-undang Amerika Syarikat’ atau undang-undang antarabangsa,’ Syariah juga adalah sebuah kompilasi yang mengandungi kepelbagaian yang besar di dalamnya. Sama seperti undang-undang Amerika yang digambarkan sebagai undang-undang lalu lintas yang berbeza atau pembahagian kod pengezonan di negara atau daerah yang berlainan, aplikasi undang-undang Syariah juga berubah-ubah sepanjang abad, tetapi dalam masa yang sama tetap menjadi tradisi hukuman yang koheren.
Syariah dikumpulkan melalui empat sumber, umat Islam mempercayai bahawa dua sumber pertama Syariah datang dari Allah: 1) wahyu Al-Quran (bertentangan dengan pendapat popular penyokong-penyokong Trump yang menyatakan ia adalah sumber perundangan yang lemah, 2) sunnah Nabi Muhammad ﷺ, (riyawat dari sahabat-sahabat yang tentang kata-kata dan perlakuan peribadi Rasulullah ﷺ iaitu hadis). Kedua-dua sumber ini bergerak seiring. Sunnah ada seperti lensa kepada Al-quran di mana ia dibaca dan diterangkan. Sumber kedua adalah hasil dari usaha manusia untuk memahami dan menyampaikan wahyu Allah melalui Rasulullah: 3) cara-cara umat Islam terdahulu mengaplikasikan Al-Quran dan sunnah, dan 4) pengembangan tradisi dan penalaran undang-undang oleh ulama-ulama terdahulu yang telah berabad lamanya. Usaha manusia untuk melancarkan sumber-sumber ini dan membina peraturan yang kukuh serta mudah diguna pakai dari abstraksi Syariah yang dikenali sebagai fiqh. Jika Shariah adalah sebuah konsep ideal untuk hukum dari Allah, maka fiqh adalah hukum duniawi yang luas dan boleh diubah manifestasinya.
Terdapat Lebih Undang-undang Dari Undang-undang Dan Perintah
Ironi terbesar isu merejam dan memotong tangan ini hanya sebahagian kecil dari hukuman undang-undang syariah. Tradisi undang-undang Islam adalah usaha umatnya dalam menjawab soalan, ‘Apa yang mengembirakan Allah?’ di dalam apa sahaja situasi. Oleh itu, tidak seperti apa yang kita fikirkan sebagai undang-undang di negeri-negeri moden, Syariah merangkumi setiap bidang aktiviti manusia. Kebanyakkannya tidak akan terlibat dalam mahkamah di negara Islam apatah lagi di dunia barat (namun terdapat beberapa bahagian di mana undang-undang Islam kadangkala timbul apabila berlakunya kes-kes kebebasan beragama). Sekiranya kita melihat buku fiqh yang tipikal dan komprehensif (lebih daripada dua belas jilid, biasanya), kita dapati bahawa subjek-subjek teras Syariah adalah ibadat, termasuk solat, (dan perkara-perkara penyucian yang diperlukan untuk melakukannya), puasa, zakat, menunaikan haji di Mekah dan memburu dan penyembelihan binatang (4 jilid dari 12). Hanya selepas itu barulah kita akan menemui bahagian-bahagian yang lebih dikenali seperti perkahwinan, perceraian, harta warisan, kontrak, hartanah, liabiliti, kecederaan dll. Walaupun, merejam dan memotong tangan merupakan perkara yang popular tentang Syariah, namun hakikatnya, dalam fiqh hanya 2% sahaja yang berkaitan jenayah Hudud dan hukumannya.
Undang-undang Jenayah dalam Islam dan Barat.
Untuk memahami undang-undang jenayah Islam, kita haruslah memahami maksud undang-undang jenayah terlebih dahulu. Di tempat-tempat lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan tempat-tempat lain, bidang perundangan mereka adalah bidang perundangan sivil, iaitu mereka berurusan dengan hak-hak rakyat dan tanggungjawab antara satu sama lain. Ini termasuklah hal-hal kontrak, perkahwinan, hartanah dan lain-lain. Walaupun kerajaan memainkan peranan dalam menyelesaikan pertikaian dalam perkara-perkara tersebut melalui mahkamah, tetapi ini adalah perselisihan antara pihak swasta dengan kesalahan yang mereka lakukan antara satu sama lain.
Jenayah adalah kesalahan yang dilakukan terhadap orang awam, masyarakat atau sesebuah negara, dan di kebanyakan negara moden, kerajaan bertindak untuk memberi pengadilan kepada mereka yang telah melakukan kesalahan. Pastinya, kesalahan terhadap individu dan kesalahan kepada masyarakat boleh berlaku serentak. Dalam undang-undang Inggeris lama, jika seorang lelaki melakukan pembunuhan, maka dia telah melakukan dua kesalahan. Pembunuh itu telah berlaku salah kepada keluarga mangsa, dan telah juga berlaku salah kepada raja dengan mencabul ‘kedamaian’nya, atau aturan keseluruhan pemerintahannya. Pembunuh itu perlu bertanggungjawab kepada kedua-dua pihak yang terkilan. Abad demi abad telah berlalu, kita dapati OJ Simpson diadili kerana dua kesalahan: sivil (untuk kematian yang salah dan kerosakan yang menyebabkan keluarga mangsa), dan jenayah (pembunuhan) yang mana dia telah didakwa oleh kerajaan.
OJ didapati tidak bersalah dalam perbicaraan jenayahnya tetapi bertanggungjawab (bersalah) dalam perbicaraan sivilnya. Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku jika kedua-dua perbicaraan ini adalah untuk satu perbuatan yang sama? Adakah dia melakukan pembunuhan itu? Kedua-dua perbicaraan mendatangkan dua keputusan yang berbeza kerana terdapat dua piawaian berbeza untuk memenuhi bebanan bukti. Dalam kes-kes sivil di AS, juri hanya perlu membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti yang menunjukkan bahawa seseorang itu bersalah (lebih 50% kemungkinan), manakala dalam perbicaraan jenayah, juri mesti yakin 'di luar keraguan munasabah.'[2] Terdapat bebanan bukti yang berlainan kerana ada perbezaan hukuman untuk kesalahan sivil dan kesalahan jenayah. Kesalahan sivil dihukum dengan pampasan. Kesalahan jenayah boleh dihukum dengan hukuman penjara atau hukuman lebih berat atau hukuman mati. Di barat, tanggapan bahawa hakim atau juri harus berhati-hati dalam mencari seseorang yang bersalah melakukan jenayah berasal dari undang-undang kanun (undang-undang Gereja Katolik) pada abad kedua belas dan ketiga belas, sebagaimana juga tanggapan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
Syariah mempunyai ciri-ciri yang sangat serupa (sebenarnya, saya berpendapat undang-undang kanun barat telah dipengaruhi banyak oleh undang-undang Islam, sama seperti falsafah dan sains Barat telah banyak dibentuk oleh ulama-ulama Islam dalam bidang-bidang dari kesepuluh hingga abad ketiga belas… tetapi itu adalah isu yang berasingan). Ahli hukum Islam tidak mengkategorikan undang-undang ke dalam undang-undang sivil dan jenayah, tetapi label-label ini tetap bermanfaat dalam memahami Hudud. Kategori-kategori yang digunakan oleh ahli-ahli hukum Islam adalah perkara yang diklasifikasikan sebagai pelanggaran terhadap 'hak-hak Tuhan'(ḥuqūq Allāh) yang berlainan dengan pelanggaran hak 'hamba Allah', iaitu manusia(ḥuqūq al-ʿibād). Hak-hak manusia termasuk hak untuk pencabulan fizikal (dalam erti kata lain, seseorang tidak boleh dibunuh atau dirugikan tanpa sebab), hak untuk bermaruah, hak ke atas harta benda, hak kepada keluarga, dan hak kepada agama.
Sama seperti hak asasi manusia moden, hak-hak ini tidak mutlak. Mereka boleh diubah dengan sebab yang adil. Tetapi mereka adalah milik semua manusia tanpa mengira sama ada mereka adalah orang Islam atau tidak. Sekiranya seseorang mencederakan kaki anda, melanggar kereta anda atau melanggar kontrak yang dibuat dengan anda, mereka perlu membayar pampasan kepada anda kerana mereka telah melanggar hak anda. Mereka perlu membayar pampasan walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan perkara-perkara itu. Perkara yang sama terdapat dalam undang-undang sivil Amerika (dalam undang-undang Islam dan Amerika, pengecualian berlaku jika ia adalah sesuatu yang di luar kawalan anda, contohnya anda merosakkan kereta seseorang kerana orang lain menyebabkan anda melanggar kereta tersebut). Selari dengan ini, menurut hak-hak manusia dalam Syariah, jika seseorang mencuri telefon anda daripada anda, mereka didenda dengan pemulangan semula telefon anda atau membayar semula nilai telefon itu. Sekiranya seseorang membunuh ahli keluarga anda secara tidak sengaja, maka keluarga anda dihutangi nilai pampasan seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah. Dalam kes sedemikian, seperti yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ, tugas hakim adalah untuk "memastikan semua orang yang mempunyai hak menerima hak mereka."
Pelanggaran terhadap 'hak-hak Allah' dalam Syariah adalah persamaan penting bagi jenayah dalam tradisi hukuman Barat. Sudah tentu, 'hak Allah' yang paling utama kepada manusia, seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah ﷺ, adalah untuk Tuhan disembah tanpa pasangan, dan hak ini melangkaui ibadah lain, seperti memberikan zakat. Namun, tidak seperti manusia, Allah melampaui kemampuan mana-mana makhluk untuk membahayakan. Tidak seperti manusia, Allah telah "menetapkan atas rahmat-Nya sendiri" (Quran 6:54), dan berjanji bahawa "rahmat-Nya meliputi segala sesuatu" (Quran 7: 156). Unsur kemurahan besar Tuhan ini memainkan peranan penting dalam hak-hak Allah yang lain yang telah dikenal pasti oleh ahli hukum Islam, iaitu jenayah yang dikenal sebagai Hudud.
Apakah itu Hudud?
Konsep Hudud dalam undang-undang jenayah Islam tidak terdapat dalam Al-Quran, namun ia dirujuk di dalam hadis yang di klasifikasikan sahih oleh orang Islam. Ḥudūd dalam bahasa Arab adalah kata majmuk kepada ḥadd, bermaksud had atau batasan. Al-Quran menyebutkan "batasan Allah" beberapa kali, memberi amaran kepada umat Islam tentang dosa melanggar batasan tersebut dan bahawa mereka tidak seharusnya mendekati batasan tersebut (Quran 2: 187). Tetapi tidak ada frasa yang muncul di dalam konteks yang jelas mengenai pelanggaran jenayah tertentu (rujuk Al-Quran, 2: 229, 4:14, 58: 4, 65: 1, walaupun 4:14 diikuti dengan perbincangan mengenai kelalaian seksual).
Ibn Taymiyya d. (1328) menyatakan, definisi bagi kategori jenayah (dan hukumannya) dalam undang-undang Islam adalah hasil daripada penalaran manusia dan bukan tulisan suci. Ahli hukum Islam awal, mungkin mewarisi konsep kategori jenayah yang dipanggil Hudud dari rujukan yang dibuat oleh Rasulullah ﷺ dan generasi awal umat Islam. Para ulama telah bersetuju bahawa Hudud merangkumi perkara-perkara berikut: zina, meminum minuman keras (shurb al-khamr), menuduh seseorang yang berzina (qadhf), beberapa jenis kecurian (sariqa), dan rompakan bersenjata atau banditry (ḥirāba). Namun, terdapat beberapa pihak tidak bersetuju sama ada tiga jenayah lain juga harus disertakan: kemurtadan awam (ridda), sodomi (liwāṭ) dan pembunuhan / pembunuhan direncanakan untuk tujuan rompakan (ghīla).
Apa yang biasa berlaku di kalangan jenayah hudud ialah hukuman mereka dinyatakan dalam Al-Quran atau Sunnah dan bahawa mereka dianggap melanggar hak-hak Tuhan. Sudah tentu, beberapa klasifikasi Hudud juga melibatkan pelanggaran hak-hak manusia. Sariqa (tahap pencurian hudud, lihat di bawah), qadhf (fitnah seksual) dan ḥirāba (rompakan bersenjata, banditry) jelas memperlihatkan pelanggaran hak rakyat terhadap kehidupan, harta dan/atau maruah. Berikut adalah ringkasan ayat-ayat yang menentukan hukuman Hudud ini:
- Zinā: Al-Quran menghukum lelaki dan wanita yang terlibat dalam zina di sebat kali (Quran 24:2), dan hadis menambah jika pelaku itu adalah bujang dan tidak pernah berkahwin mereka mestilah dibuang daerah selama setahun. Ahli mazhab Hanafi tidak menerima tambahan ini kerana menganggap hadis ini adalah bukti yang lemah untuk mengubah ketetapan Al-Quran. Ia telah dipersetujui oleh semua mazhab Islam bahawa hukuman Quran yang dimaksudkan adalah untuk orang yang belum berkahwin. Lelaki dan wanita berkahwin yang didapati berzina akan direjam dengan batu, seperti yang ditunjukkan dalam Sunnah Nabi.
- Sariqa: Al-Quran telah menyatakan bahawa pencuri, lelaki atau perempuan, tangan mereka harus dipotong sebagai “balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan dan sebagai peringatan untuk manusia dari Tuhan” (Quran 5:38).
- Qadhf: Al-Quran memerintahkan bahawa sesiapa yang menuduh seseorang berzina dan tidak dapat mengemukakan empat saksi kepada perbuatan itu harus dirotan 80 kali dan kesaksian mereka tidak lagi diterima (Quran 24:4).
- Shurb al-Khamr: Walaupun Al-Quran melarang meminum arak (khamr) dan mabuk, hukuman kepada kesalahan ini datang dari sunnah. Hadis yang sahih telah menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda seorang pesalah itu untuk di rotan kali kerana mabuk, tetapi Khalifah Umar dan Ali telah menambah hukuman ini kepada 80 kali selepas berbincang dengan para sahabat
- Ḥirāba: Jenayah ini diturunkan dalam kutukan Al-Quran "orang-orang yang berperang melawan Tuhan dan Rasul-Nya dan berusaha menyebarkan bahaya dan rasuah di bumi." Al-Quran memberikannya hukuman paling berat dalam Islam: penyaliban dan /atau memotong tangan dan kaki (Al-Quran 5:33). Sebahagian besar sarjana Muslim berpendapat bahawa ayat ini diturunkan setelah sekumpulan lelaki membutakan, mengerat tangan dan kaki serta membunuh seorang gembala dan kemudian mencuri untanya. Rasulullah ﷺ kemudian memerintahkan pembunuh-pembunuh itu dihukum dengan cara yang sama. Namun begitu, para ulama itu tidak mempercayai laporan bahawa dia yang sebenarnya telah memerintahkan tangan atau kaki pembunuh dipotong. Ketidaksepakatan berkenaan hukuman yang difirmankan dalam Al-Quran dan sabda Rasulullah ﷺ mungkin disebabkan oleh Rasulullah ﷺ telah bersabda sebegitu sebelum Allah menurunkan wahyu, tetapi kemusykilan ini secara umumnya difahami sebagai menggambarkan bahawa pemerintah mempunyai kebijaksanaan dalam memutuskan hukuman yang wajar untuk ḥirāba.
Hudud tidak merangkumi jenayah yang dianggap sebagai jenayah paling berat oleh sebahagian besar sistem perundangan: pembunuhan. Tetapi ia termasuk di dalam undang-undang jenayah Islam. Walaupun Al-Quran dan Sunnah mengkonseptualkan pembunuhan, pembunuhan secara tidak sengaja, serta kecederaan fizikal yang dilakukan terhaap orang lain, sebagai kesalahan peribadi terhadap individu dan keluarga mereka, daripada zaman Rasulullah ﷺ lagi, kerajaan itu sendiri yang mengawasi perselisihan dan menjatuhkan hukuman. Ini adalah pencabulan hak-hak rakyat, tetapi mereka juga menyentuh keamanan awam dan juga keganasan, dimana ia berada dibawah kuasa pemerintah. Oleh kerana kes-kes ini dibawa oleh saudara-mara mangsa (seperti juga di barat sehingga abad ke sembilan belas), kerajaan (melalui hakim ataupun gabenor) bertanggungjawab untuk mewakilan kes-kes ini kepada mangsa-mangsa yang tidak mempunyai saudara-mara.” Kerajaan juga bertanggungjawab untuk memberi pampasan kepada mangsa dan keluarga mereka jika pihak yang tidak bersalah tidak dapat dikenalpasti.
Belas Kasihan Allah dan Penerapan Hukuman Hudud
Pelanggaran hak rakyat harus diimbangi kerana mereka telah mengalami kerosakan atau kerugian. Allah pula tidak disakiti atau dicederakan dengan pelanggaran hak-hakNya. Di dalam situasi hak Allah, ia adalah belas kasihan Tuhan yang mentakrifkan prosedur undang-undang Islam. Hanya seorang Muslim dewasa yang waras dan yang menyedari bahawa perbuatannya salah dalam hudud serta dilarang oleh Allah dan masih sengaja terlibat dalamnya, maka dia secara teorinya bertanggungjawab atas hukuman itu. Dalam hal ini, jenayah Hudud berbeza daripada pelanggaran hak-hak orang, seperti pembunuhan yang tidak disengajakan atau merosakkan harta seseorang, dimana ia berlaku tanpa niat dan keluarga mereka bertanggungjawab atas kerosakan itu.
Prinsip utama dalam penerapan hukuman Hudud adalah memaksimakan belas kasihan. Ini telah dirumuskan secara jelas dalam hadis yang dikaitkan dengan Rasulullah ﷺ dan disokong oleh para sahabat. Antaranya isteri baginda Aisha dan khalifah Umar dan Ali. Versi sahih menyatakan, “Elakkan dari menggunakan hudud kepada umat Islam seupaya mungkin, dan jika kamu menemui jalan keluar kepadanya, maka lepaskannya. Adalah lebih baik bagi pihak berkuasa untuk melakukan kesilapan dalam belas kasihan daripada melakukan kesilapan dalam menghukum.” Selepas satu abad kewafatan Rasulullah, para ulama telah mencerna hadis ini sebagai prinsip perundangan yang penting untuk mengelakkan hudud dari kecelaruan (shubuhāt).’
Ada yang mungkin berpendapat bahawa doktrin ini dikembangkan oleh ahli hukum Islam dalam generasi selepas kehidupan Rasulullah ﷺ untuk memperbaiki hukuman-hukuman keras dalam Al-Quran. Dalam erti kata lain, mereka mewarisi rejim hukuman kejam dan mungkin mereka perlu mencari jalan keluar dari melaksanakan hukuman itu. Atau seseorang mungkin berpendapat bahawa Rasulullah ﷺ sendiri bersabda untuk mengelakkan hudud sedaya upaya kerana baginda sendiri kurang selesa dengan hukuman yang diwahyukan di dalam Al-Quran.
Namun tidak ada kepastian untuk kebenaran kepada kedua-dua teori ini. Al-Quran memerintahkan bahawa mereka yang berzina harus dirotan 100 kali, tetapi hanya satu ayat kemudian ia menyatakan bahawa sesiapa yang menuduh seseorang yang berzina dengan empat saksi melakukan perbuatan itu dihukum dengan dirotan 80 kali kerana memfitnah. Kenapa mesej yang ingin mengeluarkan perintah undang-undang yang mengamalkan hukuman keras tetapi kemudian membuatkan ia mustahil untuk diaplikasikan? Kita akan membincangkannya kemudian, tetapi sekarang mari kita beralih kepada kekeliruan (shubuhāt) bahawa ahli-ahli hukum Islam menghuraikan agar tidak menggunakan Hudud.
Ahli hukum yang telah menalarkan fiqh yang luas mengambil berat sabda Rasulullah untuk mengelakkan penggunaan Hudud. Beberapa prosedur untuk mengelak perkara itu dari berlaku boleh ditemui di dalam Al-Quran itu sendiri, seperti perlunya empat orang saksi untuk zinā. Malah terdapat sejumlah besar prosedur ini ditambah dalam hadis-hadis. Salah satu contoh (terdapat enam yang diketahui umum) dimana Rasulullah ﷺ menjatuhkan hukuman rejam kepada seorang lelaki yang didapati berzina, lelaki itu telah datang kepada Rasulullah ﷺ dan mengakui kesalahannya. Lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu, adakah dia gila, dan apabila lelaki itu terus-menerus memberi andaian kepada baginda bahawa dia mungkin hanya mencium wanita itu. Untuk mengelakkan saksi-saksi membuat andaian bahawa hubungan seks telah berlaku apabila pasangan pelaku itu hanya berpelukkan atau berbaring di atas pasangannya, Rasulullah ﷺ telah mensyaratkan saksi-saksi tersebut melihat “kemaluan lelaki memasuki kemaluan wanita sepertimana sebatang celak dimasukkan ke dalam bekasnya.” Kerana lelaki yang bersumpah itu, Māʿiz, telah bersumpah sebanyak empat kali kepada baginda, majoriti ulama telah mensyaratkan tuduhan bersumpah zina mesti dilakukan sebanyak empat kali. Jika kurang dari itu maka hukuman Hudud tidak akan dilaksanakan.
Berdasarkan kes yang sama dengan Māʿiz, ahli hukum bersetuju bahawa jika seseorang itu telah mengaku berzina, dan dia juga boleh menarik balik pengakuan itu pada bila-bila masa, dan dia tidak akan dihukum dengan hukuman hudud. Akhir sekali, mengikut pendapat ulama, sebarang tanda-tanda luaran seperti hamil, tidak dikira sebagai bukti kepada zinā. Contohnya , jika suami seseorang wanita itu telah menginggalkannya bertahun lamanya, dia mungkin secara ajaib telah mendatangi isterinya. Atau, wanita itu telah dirogol. Terdapat satu pendapat yang menerima keadaan hamil sebagai bukti kepada perbuatan zinā (dengan andaian bahawa wanita itu tidak menyatakan dia dirogol) membenarkan kemungkinan bahawa seseorang wanita itu mungkin hamil sehingga lima tahun. Lazimnya dari sudut Syariah, dakwaan sebegini tidak mempunyai apa-apa kesan dalam perundangan. Tetapi ia diterima pakai sebagai kemusykilan bagi membolehkan hudud untuk tidak dilaksanakan.
Peruntukan yang besar untuk kemusykilan dalam menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan seksual dapat dilihat paling jelas dalam mazhab Hanafi, yang merupakan mazhab rasmi Empayar Uthmaniyah. Apabila pelacur dan pelanggan mereka ditangkap, mereka tidak dibicarakan sebagai zinā kerana kekeliruan (yang diakui aneh) bahawa pelacuran berstruktur serupa dengan perkahwinan, keduanya merupakan pertukaran akses seksual untuk wang (dalam hal perkawinan, pembayaran mas kawin pengantin lelaki). Ini bukan kerana para cendekiawan muslim bersimpati kepada pelacuran ataupun memandang rendah kepada perkahwinan, tetapi kerana mereka mencari sebarang kekeliruan yang mungkin dapat digunakan untuk mengelak pelaksanaan Hudud.
Dalam kes-kes sariqa, takrifan ketat yang ditetapkan oleh sunah terhadap jenayah ini menjelaskan kenapa saya kurang selesa dalam menterjemahkannya sebagai mencuri. Sariqa adalah satu jenis mencuri yang spesifik. Pertama, hadis menyatakan bahawa pencuri hanya akan dipotong tangan mereka jika mereka mencuri sesuatu yang melebihi nilai tertentu. Di dalam satu hadis yang lain, dan juga amalan para sahabat, kita diberitahu bahawa pencuri yang dituduh patut diminta dua atau tiga kali untuk menafikan bahawa dia mencuri. Dalam prosedur mahkamah, ini bermakna, walaupun seorang pencuri itu telah ditangkap ketika melakukan kecurian itu, dengan sekurang-kurangnya dua orang saksi, pencuri tersebut hanya perlu menyatakan bahawa barang yang dicuri itu adalah miliknya, dan ini cukup untuk mendatangkan kemusykilan dan sekaligus mengelakkan hukuman memotong tangan. Atas dasar suatu contoh di mana seorang lelaki mencuri jubah dari bawah kepala seorang lelaki yang sedang tidur, ahli hukum menyimpulkan bahawa hanya sesuatu yang dicuri dari lokasi yang aman (hirz), konsep yang ditentukan oleh adat dan keadaan tempatan, memerlukan hukuman Hudud. Rasulullah juga telah mengecualikan tindakan penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan di tempat terbuka. Akhirnya, senarai keperluan yang dipersetujui oleh para sarjana Islam untuk menghapuskan semua kemusykilan menemui puncaknya (Rujuk apendiks untuk pemotongan tangan kerana mencuri oleh al-Subki) . Hasilnya, seperti yang dijelaskan oleh cendekiawan Rudolph Peters, adalah "hampir mustahil bagi seorang pencuri atau penjenayah dihukum, kecuali dia ingin berbuat demikian dan mengakuinya."
Sistem ini menjadikannya mustahil untuk melaksanakan hukuman hudud atas sebab kemusykilan kepada jenayah Hudud seperti mabuk dan, sedikit sebanyak, fitnah seksual juga. Seseorang yang berbau alkohol tidak akan dikenakan hukuman Hudud. Malah seseorang yang pernah dilihat mabuk dan muntah-muntah tidak tertakluk kepada hukuman Hudud kerana mengikut kebanyakan ahli hukum Islam kerana dia boleh secara tidak sengaja meminum arak. Oleh kerana cendekiawan Islam tidak bersependapat tentang apa yang menjadikan seseorang itu mabuk, pendekatan untuk menerapkan hukuman Hudud adalah mengikuti pendapat Imam Shafi’e bahawa "orang hanya akan dihukum berdasarkan kepastian."
Terlepas? Bagaimana Jenayah Bukan Hudud Dihukum
Hanya kerana kemusykilan ditemui untuk menghindari hukuman hudud, ini tidak bermakna bahawa pelaku itu terlepas. Sebaliknya, kesalahan mereka hanya turun dari pelepasan atas pelanggaran hak-hak Tuhan kepada pencabulan hak-hak manusia (rujuk carta Shariah di bawah). Kesalahan tersebut dihukum menurut taʿzīr, atau hukuman berdasarkan budi bicara hakim. Jadi, pencuri yang telah ditangkap oleh dua orang saksi, mencuri jongkong emas dari peti deposit boleh menghindari hukuman hudud dengan hanya menafikan dia telah melakukannya. Tangannya tidak akan dipotong. Tetapi masih ada bukti yang mencukupi untuk menuduhnya mencuri di peringkat ghaṣb, atau mencuri dengan niat jahat (sama taraf dengan kecurian kecil barangan peribadi atau salah laku penukaran dalam undang-undang umum). Pasangan yang tidak berkahwin dijumpai telanjang di tempat tidur tidak boleh dihukum kerana zina, tetapi mereka masih boleh disiplin keras.
Seorang hakim atau gobenor boleh juga membuat kuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam bagi menghukum kesalahan yang jatuh di bawah batas Hudud. Sebagai contoh, seseorang yang berbau wain dan jelas mabuk mungkin tidak dihukum di peringkat Hudud, tetapi dia masih boleh dihukum di bawah tahap itu. Di dalam kes-kes rompakan bersenjata, jika pelaku bertaubat dan menyerah diri, maka kemusykilan ini akan menjauhkan hukuman mereka dari lingkungan Hudud. Tetapi mereka masih bertanggungjawab terhadap hukuman kerana pembunuhan dan kecurian bukan Hudud.
Berlainan dengan undang-undang Amerika yang bebanan bukti yang berbeza dalam kes jenayah sivil, perlindungan utama terhadap dakwaan salah laku Hudud bukanlah beban bukti (walaupun ini hampir tidak boleh dicapai dalam hal zinā). Jalan keluar untuk ini sering disediakan oleh senarai kemusykilan yang panjang dari hakim yang melihatnya sebagai satu tugas.
Analogi undang-undang jenayah Amerika terhadap undang-undang sivil masih berguna, kerana ia membantu kita memahami bagaimana tertuduh boleh didapati tidak bersalah melakukan suatu perbuatan dalam satu kategori undang-undang dengan standard bukti tersendiri dan pada masa yang sama didapati bersalah atas perbuatan yang sama dalam kategori lain undang-undang. Ianya lebih mudah untuk mendatangkan bukti yang diperlukan bagi meyakinkan hakim bahawa pelaku bersalah atas kesalahan taʿzīr daripada kesalahan Hudud. Di dalam sistem perundangan mazhab Shafie, contohnya, seseorang boleh disabitkan dengan pencurian bukan Hudud berdasarkan kesaksian seorang lelaki dan dua wanita. Manakala di dalam mazhab Hanbali pula hamba boleh menjadi saksi kepada kes-kes bukan hudud. Tetapi semua mazhab tidak membenarkan wanita atau hamba menjadi saksi kepada kes-kes hudud, kerana dengan adanya lebih banyak sekatan kepada siapa yang boleh menjadi saksi, bermakna lebih sukar untuk menghukum yang tertuduh. Oleh kerana taʿzīr adalah, pada dasarnya, ditentukan berdasarkan budi bicara hakim, beberapa hukuman dapat diberikan tanpa merujuk kepada semua standart bukti sama sekali.
Mengikut sejarah hukuman berdasarkan budi bicara adalah di dalam kategori pertama dalan perundangan shariah. Di dalam sistem perundangan beberapa mazhab, ahli-ahli hukum telah membangunkan jadual terperinci hukuman dalam sistem perundangan mazhab mereka berdasarkan kepada jenis hukuman taʿzīr yang dapat diaplikasikan kepada jenayah yang bersesuaian. Merotan (memukul tapak kaki dengan rotan) dan, pada tahap yang lebih rendah, hukuman penjara, telah menjadi kaedah hukuman pilihan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai maklumat lanjut tentang ini, pendapat umum dalam kalangan ahli hukum Islam adalah bahawa tahap tertinggi sesebuah hukuman taʿzīr adalah mereka tidak boleh mencapai hukuman yang menyamai hukuman jenayah hudud. Ini adalah mudah dalam kes gangguan seksual atau mabuk, yang mana jenayah Hudud mempunyai jumlah rotan yang tetap. Jumlah rotanan tertinggi bagi hukuman ta'zīr ialah 99 sebatan untuk jenayah seksual atau kurang sehari dari setahun untuk hukuman buang daerah. Mencuri adalah perkara yang berbeza. Kecurian kecil secara amnya dihukum dengan merotan atau dipenjara untuk waktu yang singkat sahaja, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan boleh dihantar ke penjara khas untuk pencuri (rujuk lanjut mengenai jenis hukuman yang digunakan dalam tamadun Islam (rujuk Appendiks jenis-jenis hukuman Taʿzīr).
Salah satu ciri yang paling penting mengenai bagaimana jenayah Hudud dikonseptualisasikan dari Sunah dan oleh ahli-ahli hukum terdahulu berperanan penting untuk mengelakkan tajassus, atau mencari kesalahan yang dilakukan secara peribadi, dan memberikan satr, ataupun mencari alasan atau mengabaikan salah laku peribadi. Konsep ini datang dari Al-Quran, yang melarang tajassus (Quran 49:12), dan Sunnah, di mana Rasulullah ﷺ berulangkali mengabaikan aduan seorang lelaki yang menyatakan dia telah “melanggar salah satu larangan Hudud.” “"Jika kamu mencari aib atau memalukan orang," Rasulullah memberi amaran, "Kamu akan merosakkan mereka.”
Para sahabat mengambil hadis ini sebagai kunci kepada prosedur undang-undang. Seorang sahabat yang terkenal dan gabenor Kufa, Ibn Masʿūd, telah dibawa kepadanya seorang lelaki yang “janggutnya masih dibasahi arak,” tetapi Ibn Masʿūd’s hanya berkata, “Kita telah dilarang untuk mencari kesalahan. Tetapi jika dia melakukan sesuatu secara terbuka dihadapan kita, kita akan dipertanggungjawabkan ke atasnya.” Sebuah riwayat yang boleh dipercayai menceritakan Khalifah Umar suara-suara kasar dari dalam sebuah rumah di Madinah, lalu dia memanjat pagar dan menemukan seorang lelaki bersama seorang wanita dan arak. Apabila beliau berdepan dengan lelaki itu, lelaki itu mengaku telah melakukan satu dosa, namun dia berkata Umar telah melakukan tiga dosa: melanggar perintah Al-Quran yang melarang mencari kesalahan orang lain (49:12), larangan dari memanjat dinding atau pagar rumah (2:189) dan memasuki rumah tanpa kebenaran (24:27). Umar mengakui kesalahannya lalu berlalu pergi.
Seperti mana hal undang-undang jenayah Islam yang lain, kuasa menjatuhkan hukuman hudud adalah tanggungjawab mutlak kerajaan. Walaupun Rasulullah ﷺ telah memberi peringatan, apabila jenayah Hudud telah sampai kepengetahuan pihak berkuasa, perbicaraan itu perlu diadakan, ini bertujuan untuk menekankan bahawa tidak ada pilih kasih yang berlaku. Rasulullah ﷺ khalifah-khalifah awal telah menyatakan dengan jelas bahawa pihak berkuasa boleh menangguhkan hukuman Hudud sepenuhnya jika perlu, sepertimana yang dilakukan Rasulullah ﷺ terhadap kes-kes tentera yang mencuri ketika berperang dan sepertimana Umar pernah lakukan ketika berlakunya kes-kes kecurian dimasa kebuluran. Seorang ahli hukum mazhab Hanafi, al-Kāsānī (d. 1191) telah mencatatkan, “Tidak dibenarkan menjalankan Hudud tanpa kebarangkalian manfaat.”
Sejarah Aplikasi Hudud dalam Tamadun Islam
Hakim-hakim Islam yang mengaplikasikan hukum fiqh juga mengguna pakai sabda Rasulullah ﷺ untuk mengelakkan hudud kerana kemusykilan sebagai perintah Ilahi. Sejarah menunjukkan hukuman hudud jarang berlaku. Seorang doktor dari Scotland yang bekerja di Aleppo pada pertengahan tahun 1700-an mendapati bahawa terdapat hanya enam hukuman mati dalam tempoh dua puluh tahun. Menurut pemerhatiannya, kecurian jarang berlaku, dan apabila berlaku, ia dihukum dengan merotan. Seorang cendekiawan bahasa Arab British di Mesir pada pertengahan tahun 1800-an melaporkan tidak ada hukuman hudud yang berlaku dalam tempoh itu. Dalam kira-kira lima ratus tahun tempoh Empayar Uthmaniyyah memerintah Konstantinopel, rekod menunjukkan bahawa hanya satu contoh merejam untuk kesalahan zina berlaku (bandingkan ini dengan zaman kolonial Amerika, di mana lebih daripada lima puluh orang telah menjalani hukuman mati kerana pelbagai jenayah seksual antara 1608 dan 1785).
Teori ahli hukum tentang kemusykilan yang mustahil pernah diaplikasikan dalam situasi sebenar. Seorang wanita Islam di India pada akhir 1500-an yang suaminya telah mati dalam pertempuran tiba-tiba didapati hamil dan dituduh melakukan zina. Dia mendakwa bahawa suaminya telah secara ajaib kembali hidup setiap malam Jumaat, di mana dia akan melawatnya. Ahli hukum sistem perundangan mazhab Hanafi di India telah berbincang mengenai kes itu dan menjawab bahawa ia memang mungkin keajaiban seperti itu telah berlaku secara teknikalnya.
Konsep tidak menceroboh (tajassus) dan menutup aib (satr) juga menjagi amalan. Meminum arak, penzinaan, pelacuran dan homoseksual menjadi semakin meluas dalam tamadun Islam pada zaman pertengahan. Namun para sarjana Muslim masih mampu melakukan sesuatu daripada hanya mengeluh tentang hal ini. Seorang cendekiawan di Mughal, India telah menyimpang dari jalan benar, melakukan zina dengan ramai wanita dan mengadakan parti arak. Apabila pihak berkuasa memanjat pagar rumahnya untuk meleraikan pesta itu, dia mengingatkan mereka tentang apa yang telah berlaku kepada Umar ketika melakukan perkara yang sama. Pihak berkuasa itu segera meninggalkan kerana malu (cendekiawan itu dilaporkan telah bertaubat setelah peristiwa itu).
Terdapat juga contoh dimana tangan pencuri tidak dipotong dan ini mengejutkan orang ramai. The famous Moroccan scholar and traveler Ibn Battuta (d. circa 1366) menceritakan bagaimana, di Mekah, ketika seorang hakim telah memerintahkan tangan seorang pemuda dipotong kerana mencuri, pemuda itu kemudiannya membunuh hakim itu. Akbar, seorang maharaja Mughal yang terkenal (d. 1605) sangat marah apabila dia mendapati bahawa ketua hakimnya telah menjalankan hukuman mati kepada seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan Hudud, memetik prinsip mengelakkannya atas dasar kemusykilan. Hakim itu kemudian dipecat dari jawatannya dan akhirnya meninggal ketika hidup dalam buangan.
Contoh terbaik adalah bagaimana hakim-hakim mengambil serius perintah untuk mengelakkan Hudud sebagai suruhan agama adalah apabila berlakunya sebuah skandal pada zaman pemerintahan Mamluk di Kaherah pada tahun 1513. Seorang hakim mazhab Shafie menyukai isteri seorang hakim bermazhab Hanafi. Hakim mazhab Shafie ini telah mengambil kesempatan untuk memasuki rumah ketika rakannya tiada di rumah dan melakukan zina. Tetapi seorang jiran yang juga menyukai isteri hakim Hanafi ini mencemburui tindakkan itu lalu melaporkan kepada suaminya. Hakim ini pulang ke rumah dengan segera, merempuh masuk dan menemukan pasangan tersebut di atas katil. Hakim Shafie merayu kepada suami yang sedang marah ini dan cuba merasuah dengan wang untuk tidak memalukannya di khalayak ramai. Isterinya pula merayu dengan memetik hukum Shariah dengan berkata, “Kita perlu merujuk Satr.” Tetapi si suami menolaknya dan mengunci mereka di dalam bilik tidur itu sehingga pihak berkuasa datang. Apabila ditanya hakim Shafie ini telah mengaku zinā dan telah menulis pengakuannya di hadapan seorang lagi hakim.
Setelah mendengar tentang skandal ini, Sultan al-Ghūrī, pemerintah Mamluk berasa murka terhadap perkara yang berlaku dalam kalangan hakim-hakimnya. Lalu baginda meminta penghakiman dari seorang hakim Shafie, di mana dia telah menghakimi (dengan benar) untuk pasangan itu dihukum rejam. Ketua hakim meluluskannya, dan Sultan, yang dikenali kerana terlalu fanatik dalam hukuman, gembira. Dia akan diperingati untuk keadilannya, katanya, kerana "sejarah akan mencatat bahawa seseorang dilontar untuk zinā pada zamannya."
Tetapi dalam masa yang sama, pasangan itu menarik balik pengakuan mereka. Yang mengakibatkan ahli-ahli hukum menggugurkan hukuman hudud tadi. Ini menyebabkan kemurkaan sultan dan bertitah, “Wahai umat Islam! Seorang lelaki masuk ke rumah lelaki lain, melakukan zina dengan isterinya, mereka ditangkap bersama-sama di bawah selimut, lelaki itu mengakui apa yang dia lakukan dan menulis pengakuan dengan tangannya sendiri, dan selepas mengiakan semua ini, mereka berkata pasangan ini boleh menariknya balik?!” Sultan itu kemudian mengumpul semua hakim tertingginya dan ahli hukum di balai besarnya, termasuk tonggak mazhab Shafi, Shaykh al-Islam Zakariyyā al-Anṣārī (d. 1520) yang ketika itu berumur 90-an. Salah seorang cendekiawan dari mazhab Shafie, Burhān al-Dīn Ibn Abī Sharīf (d. 1517), menjawab, “itu adalah perintah Allah,” dan memperingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menghukum pasangan tersebut akan dianggap melakukan pembunuhan. Zakariyyā al-Anṣārī bersetuju. Akibat marah, Sultan tetap menghukum pasangan tersebut, dan memecat semua hakim-hakim tertinggi dan ahli hukum itu dari jawatan mereka dan Ibn Abī Sharīf dibuang negeri. Kita mesti mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku dalam kisah ini: beberapa ulama dan hakim terkemuka Kerajaan Mamluk di Kaherah menerima pemecatan jawatan dan dibuang negara daripada membenarkan aplikasi hukuman hudud. Satu abad kemudian seorang ahli sejarah, Najm al-Dīn al-Ghazzī (d. 1650) mencatatkan keingkaran sultan untuk tidak menjatuhkan hukuman hudud dan mengabaikan protokol sistem perundangan Syariah menjadi antara punca kejatuhan kerajaan Mamluk, yang ditakluk kerajaan Uthmaniyyah tiga tahun selepas kejadian itu.
Selain daripada Hudud, hakim-hakim muslim secara amnya mengambil langkah konservatif apabila menjatuhkan hukuman yang berat. Salah satu daripada beberapa contoh yang boleh dilihat adalah di mana hakim boleh menolak untuk menguatkuasakan keputusan mahkamah lain yang menguatkuasakan undang-undang mazhab lain jika terdapat mazhab lain mempunyai peraturan yang lebih keras mengenai isu-isu seperti menghendaki hukuman bunuh untuk kes pembunuhan. Apabila salah seorang sultan-sultan Uthmaniyyah memerintahkan sekumpulan peniaga untuk dilaksanakan kerana tidak mematuhi perintahnya untuk membetulkan harga, seorang ahli hukum Islam campur tangan, menentangnya, "Dalam Syariah, tidak dibenarkan untuk membunuh orang-orang ini." Sultan menjawab bahawa para pedagang itu telah tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkannya, dan cendekiawan itu menjawab, “Bagaimanakah jika pemerintahan tuanku tidak sampai kepada mereka?”
Mengapa Perlu ada Undang-undang jika tidak Mengikutinya? Undang-undang dalam Masyarakat Pra-kemodenan dan masyarakat Moden.
Apabila pelajar-pelajar saya belajar tentang undang-undang Syariah, reaksi pertama mereka selepas mempelajari tentang Hudud adalah 'Mengapa ada hukuman tetapi tidak ada hukuman akan dijatuhi?' Soalan ini akan membincangkan akar umbi ketidak selarian antara undang-undang moden dan berapa pandangan Syariah. Walaupun ia jelas dan penting bagi kebanyakan orang ramai hari ini, tanggapan bahawa sistem undang-undang harus berfungsi tanpa sebarang cela bebas dari fiksyen dan tradisi budaya yang baru. Ia adalah produk reformasi undang-undang yang dicetuskan oleh ahli-ahli modenis seperti ahli falsafah Inggeris dan ahli hukum Jeremy Bentham (d. 1832).
Sebelum reformasi undang-undang yang komprehensif dalam undang-undang Amerika dan British dari pertengahan abad ke 19 hingga pertengahan abad ke 20, memiliki undang-undang di dalam rekod yang tidak digunakan adalah normal. Malah, ia masih menjadi norma di Amerika Syarikat. Berapa kali dapat kita lihat tanda-tanda yang memberikan amaran kepada kita bahawa membuang sampah merata-rata akan didenda dengan denda maksimum $ 1000? Berapa ramai daripada kita yang tahu siapa yang telah didenda $ 1000 untuk membuang sampah? Berapa banyak pelajar yang dibenarkan untuk minum di bawah umur 21 tahun? Robert George seorang cendekiawan perundangan konservatif (dan juga Paul dari Tarsus), undang-undang adalah guru kita. Ia bukan sekadar satu cara menyelesaikan pertikaian atau mengekalkan keamanan. Ia adalah satu kenyataan oleh pihak berautoriti di dalam sebuah masyarakat untuk mengingatkan sesuatu masyarakat tentang kelakuan mereka.
Satu lagi perubahan besar adalah dalam bidang penguatkuasaan. Penguatkuasaan undang-undang zaman moden muncul buat kali pertama di Great Britain pada awal abad ke 19. Britain juga adalah negara pertama yang beralih ke tahap baru sejarah kemanusiaan, setanding dengan perubahan dramatisnya dari sebuah tamadun yang berlegar dalam industri pertanian 5 milenia sebelumnya, kepada sebuah masyarakat moden dan berpaksikan perindustrian. Perubahan ini termasuklah perubahan dalam semua aspek kehidupan manusia, budaya hingglah kepada perwakilan politik dan kuasa ekonomi.
Kerajaan pra-kemodenan seperti Perancis dan Britain, serta empayar-empayar multinational besar yang lain, adalah sangat terpencil. Acap kali, pemerintah hanya mempunyai kawalan terhad di kawasan luar bandar dan kadangkala kuasa mereka hanyalah di kawasan ibu kota. Melalui kehadiran teknologi seperti landasan keretapi (Britain telah dihubung oleh keretapi pada tahun 1851, diikuti oleh Amerika Syarikat) dan telegraf (digunakan secara tetap pada tahun 1850-an) yang membolehkan negara-negara ini menguatkuasakan undang-undang mereka ke atas rakyat mereka di skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa yang sama, penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan dan sanitasi bermakna, untuk pertama kalinya, penduduk bandar-bandar seperti London benar-benar berkembang sendiri tanpa bergantung kepada pendatang (sebelum ini, kadar morbiditi di bandar-bandar Eropah sangat tinggi sehingga mereka dikenali sebagai perangkap maut , dimana kadar kematian lebih tinggi daripada kadar kelahiran). Menjelang 1850, lebih daripada separuh penduduk Britain tinggal di bandar-bandar besar, satu pencapaian telah dicapai di seluruh dunia sekitar tahun 2000. Ini juga menyaksikan peningkatan masalah jenayah yang banyak di bandar.
Jadi dari segi undang-undang, apa yang dimaksudkan dengan negara maju dan perbandaran moden dan masyarakat adalah 1) cabaran undang-undang dan ketetapan yang belum pernah terjadi sebelumnya, 2) visi baru untuk dunia yang diperintah, rasional, teknikal dan dibirokrasikan, dan 3) sumber teknologi, pentadbiran dan kewangan untuk mencapai wawasan ini dan menghadapi cabaran-cabaran baharu.
Adalah sukar untuk kita bayangkan undang-undang dapat berfungsi sebelum perkembangan yang berlaku pada pertengahan abad ke 19. Sebelum tahun 1830, Britain tidak mempunyai pasukan polis yang tersusun. Walaupun bandar-bandar utama seperti New York dan Boston telah mewujudkan pasukan polis menjelang tahun 1840-an, pasukan polis rasmi hanya menjadi suatu norma kepada kehidupan bandar di Amerika selepas Perang Saudara. Ironinya, pasukan polis rasmi di bahagian selatan Amerika Syarikat pula wujud dari penubuhan Slave Patrols yang ditubuhkan untuk memantau pergerakan hamba-hamba dan membebaskan kaum kulit hitam kerana takut kepada pemberontakan.
Apa yang pasti, bandar-bandar ini telahpun ditadbir oleh undang-undang. Seawal tahun 1285, raja-raja British telah bertitah dekri untuk memelihara keamanan di London, sepertimana yang telah dilakukan oleh Louis XIV (d. 1715) di Paris. Namun pegawai-pegawai sukarela, dan lazimnya tidak professional ini hanya terdapat di bandar-bandar utama sahaja. Apa yang lebih penting, mereka ini tidak terlibat dengan rondaan ataupun penyiasatan ke atas jenayah-jenayah yang telah dilaporkan. Perkara yang sama juga berlaku ke atas institusi shurṭa, shiḥna or fawjdār (secara kasarnya membawa makna polis) dalam tamadun Islam, yang boleh dilihat semasa pemerintahan khalifah-khalifah awal.
Sebelum abad kesembilan belas, satu-satunya pegawai penguatkuasa undang-undang di bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil di seluruh dunia bolehlah dianggap seperti marshals tempatan atau sheriff, yang tugas utamanya adalah untuk mengendalikan tahanan dan menjaga keselamatan di mahkamah. Di Britain jika seseorang melakukan jenayah serius, adalah diandaikan bahawa suatu kegemparan telah diuar-uarkan dan orang ramai akan menangkap serta membawa pelaku ke mahkamah untuk dibicarakan. Tidak seperti metropolis-metropolis Islam seperti Kaherah atau di Istanbul dimana mahkamah Syariah telah sedia wujud, penduduk-penduduk luar bandar selalunya akan menyelesaikan perselisihan faham secara informal di kampung mereka ataupun melalui pertalian keluarga.
Marshal dan sherif yang memberi imej Wild West sebenarnya amat membantu. Filem-filem seperti High Noon (1952) atau Tombstone (1993), memberi gambaran bahawa marshal lazimnya bersendirian di bandar kendalian mereka dan hanya akan melantik pembantu dalam kalangan orang-orang biasa untuk membentuk posse (sebutan pendek untuk posse comitatus). Filem-filem seperti The Wild Bunch (1969) dan Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969), dimana sekumpulan penjenayah yang gagah dan diangkat sebagai protagonis cerita ini akhirnya dikalahkan tanpa belas kasihan oleh kerajaan moden memperingati kerugian dan keuntungan yang dirasakan berubah dari sikap berdikari dan dan komuniti pra-moden ke dunia moden yang tersusun rapi dan tidak mesra.
Secara ringkas, kerajaan pra-modern tidak memerlukan sebab untuk mengaplikasi perlaksanaan undang-undang yang di rasakan perlu dan normal masyarakat masa kini, terutama aktiviti pencegahan dan siasatan jenayah jenayah biasa. Fakta penting ini terletak di belakang hukuman-hukuman berat yang boleh dilihat di dalam undang-undang Islam dan juga system perundangan zaman pra-modern. Walaupun sarjana undang-undang jenayah terus tidak sependapat tentang cara-cara terbaik untuk mencegah jenayah, satu pendekatan yang sama telah menjadi satu utilitarian yang diformalkan oleh Bentham. Premis asasnya adalah melalui persamaan berikut:
(H)ukuman yang dijangkakan/Kuasa pencegahan = (T)ahap hukuman x (K)ebarangkalian ditangkap…. H = T x K
Dalam sistem di mana terdapat sedikit atau tidak ada polis atau di mana polis tidak sibuk menyiasat jenayah, penjenayah yang agak pintar mempunyai peluang yang kurang untuk ditangkap. Menurut formula H = T x K, jika kebarangkalian (K) untuk ditangkap adalah rendah, maka untuk sesuatu hukuman itu mempunyai sebarang kesan pencegahan, keterukan hukuman (H) mestilah cukup besar dan kuat. Hukuman-hukuman yang menakutkan dilihat sebagai satu-satunya cara untuk menghalang mereka yang berpotensi menjadi penjenayah yang mungkin tidak dapat ditangkap oleh polis (biar apa pun jumlah polis yang ada). Kita dapat melihatnya dengan jelas di Britain pada tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. Pada tahun 1820 terdapat lebih 200 penjenayah yang boleh dihukum mati di Britain, termasuk mencuri kayu api dan memancing ikan dari kolam ikan milik orang lain. Di Virginia terdapat hukuman mati untuk mengambil/mencuri sayur-sayuran atau buah-buahan dari sebuah taman.
Tetapi, sama juga seperti hudud, tidak ramai yang dituduh melanggar peraturan itu dihukum mati. Menghukum kesalahan-kesalahan kecil ini dengan hukuman bunuh bukanlah niat utama undang-undang di Britain ataupun di mana-mana koloninya, ia sebenarnya adalah untuk menakutkan orang ramai daripada melanggar undang-undang. Hakim-hakim dan juri akan cuba untuk mencari kelemahan prosedur dalam usaha mereka untuk mengurangkan hukuman, seperti dengan sengaja mengurangkan nilai barangan yang dicuri untuk menjatuhkan tahap keseriusan jenayah tersebut dari kecurian besar (dihukum dengan hukuman mati) kepada kecurian kecil (dihukum dengan sebatan rotan).
Kita dapat melihat bagaimana perkembangan teknologi dan keupayaan pentadbiran pada pertengahan tahun 1800 telah mengubah landskap undang-undang Britain. Sistem Polis yang lebih berkesan, penjara yang lebih baik dan lebih penting lagi, perkhidmatan perbandaran yang lebih baik dan ekonomi yang lebih maju bermakna lebih ramai pesalah ditangkap dan disabitkan dengan kesalahan. (K) meningkat dengan dramatik, jadi (T) menurun. Menjelang 1900 terdapat hanya empat kesalahan yang membawa hukuman mati di Britain.
Hukuman Kejam dan Luarbiasa
Tiada perbincangan tentang undang-undang jenayah dalam Syariah yang boleh terlepas tanpa menyentuh tentang penolakan Barat terhadap hukuman rotan, bentuk hukuman paling menonjol yang digunakan oleh mahkamah Islam, dan juga hukuman dramatik Hudud iaitu pemotongan tangan dan merejam.
Pada masa kini, kita memandang hukuman penjara sebagai hukuman biasa bagi jenayah-jenayah yang telah berlaku, menurut kata seorang cendekiawan, “sehingga ia menjadi sukar untuk menerima hakikat bahawa pada suatu masa dahulu penjara bukanlah teras hukuman jenayah”. tetapi hukuman penjara adalah dianggap sebagai luarbiasa bukan kerana peraturannya, tetapi sebagai hukuman di dalam sejarah kemanusiaan. Ia adalah amat mahal untuk dikendalikan, terutamanya dalam kalangan kerajaan pada zaman pra-kemodenan dimana masalah kewangan adalah tidak asing, dan menjalankan hukuman ini dengan kebimbangan yang berterusan terhadap keselamatan. Sebelum keadaan di Eropah berubah pada abad ke 17, kegunaan utama penjara di seluruh dunia adalah untuk menahan suspek yang belum dibicarakan dan yang sedang dibicarakan, bukan sebagai hukuman.
Hukuman berat pula, mudah dan cepat. Walaupun ia dikecam sebagai kejam pada masa kini, menyakitkan badan pelaku dengan sebarang jenis kesakitan adalah suatu lumrah dan kelaziman masyarakat untuk mendenda mereka yang telah melakukan kesalahan serius. Di Eropah, dari zaman pertengahan sehinggalah ke tahun 1700-an, hukuman pencacatan yang dasyat seperti memotong tangan, jari, telinga, lidah, memcacah badan dengan besi panas, drawing (mengikat pesalah kepada pedati kuda lalu ditarik) dan quartering (memotong badan pesalah kepada empat bahagian, dan setiap anggota badan dihantar ke empat daerah negeri/negara tersebut) dll. Thomas Jefferson pernah mencadangkan untuk mendenda mereka yang telah melakukan kesalahan liwat dengan menebuk lubang sebesar setengah inci. Untuk memahami bagaimanakah perubahan ini berlaku, kita perlu mengamati trend penting dalam hukuman jenayah yang selari dengan industrilisasi barat pada awal zaman permodenan dan Barat moden.
Pada abad kelapan belas, di Eropah Barat dan kemudiannya di Britain, penguatkuasaan pelaksanaan dan hukuman keras di mahkamah telah memberi laluan kepada pelbagai bentuk hukuman buruh paksa, penjara, dan hukuman buang negara. Walaupun penjara moden pertama dibuka di Philadelphia pada tahun 1790, falsafah di belakangnya telah matang selama beberapa dekad. Sebagai hasil dari institusi-institusi buruh paksa pada abad ke 17, khususnya di benua Eropah, penjara muncul sebagai institusi yang menggabungkan hukuman penjara dan buruh paksa terhadap mereka yang melakukan jenayah, dimana jika sebaliknya mereka akan dihukum mati. Di sebuah koloni Quaker di Pennsylvania, golongan pemikir seperti Benjamin Rush (d. 1813) telah mula menyuarakan teori keadilan reformatif yang mana akan mengenepikan hukuman keras dengan harapan tertuduh akan bertaubat lalu menebus kesalahannya. Justeru asal usul penjara Amerika, di mana tahanan akan menetap di dalam sel-sel kecil mereka sendiri dan diberi makanan yang sedikit untuk tujuan memberikan mereka fokus untuk melakukan muhasabah dan membaca kitab Bible. Model ini, walaupun setelah melalui sekularisasi dan diberi kebenaran untuk bersosial, telah dieksport secara meluas keluar AS.
Turutan sejarah perkara ini agak mudah untuk difahami – hukuman keras ke hukuman penjara; pemotongan bahagian badan yang ganas zaman pertengahan diberi laluan kepada hukuman bunuh yang lebih ‘bersih’, dan juga memberi laluan kepada kerja buruh paksa di penjara, dan selepas itu mambawa kepada sistem penjara zaman moden dimana penjenayah akan melalui proses perubahan diri atau reformasi. Namun realitinya bukan semudah itu. Daripada pergerakkan ke arah keinsafan dari kekejaman, senarai sekatan jenayah Barat hanya menunjukan pemahaman budaya yang baru dan sangat idiosinkratik tentang hukuman kejam dan hukuman luar biasa dengan hukuman biasa.
Amerika telah memansuhkan mempamerkan hukuman berat kepada umum untuk hukuman penjara dan mereformasi penjenayah dengan memberi bimbingan rohaniah. Namun apabila bimbingan tersebut dilakukan dengan cara ganas ia lebih menyerupai apa yang berlaku di penjara Abu Gharib daripada apa yang sepatutnya. Sepanjang pertengahan abad ke 19, penjenayah dirotan tanpa henti, ditutup mulut mereka dan disumbat ke dalam loker-loker kecil di mana mereka tidak mampu untuk melutut mahupun berbaring, ada juga antara mereka yang muka direndam di dalam air yang sejuk membeku. Apa yang lebih berbahaya adalah apabila mereka dipaksa untuk bersendiri dalam keadaan yang sunyi untuk masa yang amat lama. Kesemua tindakan ini dilihat sebagai lebih berperikemanusiaan daripada hukuman-hukuman sebelum ini seperti merejam pesalah dengan buah-buahan.
Gabungan yang salah antara budaya dan proses dakwah juga boleh dilihat semasa pemerintahan British di India. Apabila Kompeni British Hindia Timur mengambil alih tanggungjawab untuk melaksanakan sistem perundangan Syariah di bahagian-bahagian yang diperintah oleh mereka pada penghujung tahun 1700-an, pegawai-pegawai mereka merasa amat terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan. Mereka berasa amat kecewa apabila mendapati bahawa ia amat sukar untuk melaksanakan hukuman bunuh terhadap penjenayah apabila mengikut undang-undang Syariah. Mereka menganggapnya sebagai "perkara yang biadap" apabila keluarga seseorang yang telah dibunuh boleh menerima wang pampasan daripada pembunuh itu dan bukannya mendesak perlaksanaannya. Para pegawai British tidak dapat membantu melihat ini sebagai sebuah rasuah.
Tetapi apa yang benar-benar mengejutkan para pegawai Inggeris ini ialah penggunaan amputasi sebagai hukuman, dan akhirnya mereka mengharamkannya pada tahun 1834. Oleh sebab itulah kita mendapati kekeliruan luar biasa yang diceritakan oleh oleh seorang wanita Inggeris tentang bagaimana seorang pemerintah Sikh yang jarang menghukum penjenayah tetapi menghukum mereka dengan memotong bahagian badan penjenayah-penjenayah itu dan ianya tidak di lihat sebagai kejam oleh rakyatnya (pengudungan bahagian badan yang dimaksudkan oleh wanita itu bukanlah hukuman memotong tangan tetapi hukuman India iaitu memotong hidung sebagai hukuman taʿzīr yang paling serius ironinya Maharaja Muhgal Aurangzeb [d. 1707] telah mengharamkan hukuman ini kerana hukuman ini amat asing kepada hukuman syariah). Ketaksuban British terhadap hukuman keras bersama-sama dengan sikap cinta kepada negara asal yang tinggi telah digambarkan dengan menarik sekali di dalam buku J. Fisch yang menggambarkan undang-undang kolonial di India bertajuk Cheap Lives and Dear Limbs.
Peter Moskos, seorang profesor undang-undang AS baru-baru ini berkata di dalam bukunya In Defense of Flogging, tanggapan yang memenjarakan seseorang dalam penjara adalah lebih berperikemanusiaan daripada menyakiti mereka adalah fiksyen kolektif budaya. Ia benar-benar bertentangan dengan realiti kehidupan penjara di Amerika. Malah, dalam kalangan masyarakat di mana hukuman keras yang adalah biasa, kata Moskos, "jarang sekali pernah meletakkan manusia di sel untuk di hukum." "Oleh itu," dia membuat kesimpulan, "penerimaan kita terhadap hukuman sebagai suatu kebiasaan adalah keanehan sejarah." Hukuman penjara dalam bahagian populasi umum di penjara AS adalah suatu reformasi ringan berbanding penempatan di sel bersendirian, suatu amalan biasa di penjara AS. Sebagaimana yang ditemukan oleh sistem penjara AS pada abad ke 19, hukuman bersendirian di dalam sebuah sel kecil memberikan kerosakan psikologikal yang negatif dan selalunya sukar untuk dipulihkan. Pada tahun 2011, Laporan Khas PBB mengenai penyeksaan mendapati bahawa apabila seseorang itu diletakkan di dalam sebuah kurungan bersendirian selama 15 hari ia boleh mendatangkan “penyeksaan atau kekejaman, tidak berperikemanusiaan atau menghina dan hukuman berlebihan,” dan apa sahaja selapas tempoh itu boleh menyebabkan kerosakan psikologikal yang tidak dapat diubati.
Kegagalan serius sistem penjara Amerika Syarikat menjadi bukti bahawa ianya sebuah bentuk hukuman yang kejam dan tidak biasa. Pertama, penjara di Amerika Syarikat telah benar-benar gagal untuk mengubah mereka yang dihantar ke sana, ini tidak menghairankan kerana tahanan tidak diletakkan di suatu tempat yang kondusif untuk perubahan positif tetapi dikalangan penjenayah-penjenayah lain di mana 5% tahanan menyatakan mereka pernah diserang secara seksual dan penggunaan dadah juga didapati berleluasa. Hasilnya AS mempunyai jumlah tahanan penjara yang tertinggi di dunia dan kedua tertinggi per kapita.
Kedua, penjara AS adalah kejam dan luar biasa kerana mereka memusnahkan dan menghancurkan masyarakat. Seperti yang ditunjukkan Anne-Marie Cusac, sebelum perubahan ke arah hukuman penjara, hukuman keras atau penghinaan dilakukan di khalayak ramai, selalunya di kawasan perkumpulan di bandar. Penjenayah mungkin dihina secara umum, tetapi rasa sakit di kalangan umum itu "memahami penjenayah sebagai sebahagian dari komuniti itu." Sebelum pertengahan abad ke-20, banyak penjara berada di pusat bandar, dengan tahanan masih berdekatan dengan keluarga mereka. Pada masa kini kebanyakan penjara berada di kawasan pedalaman yang sangat jauh dari kawasan bandar yang tidak terkesan oleh penahanan atau hukuman itu. Di Amerika, walaupun selepas dibebaskan dari penjara, penjenayah tidak dapat mengundi dan hampir tidak ambil bekerja. Sekitar 5.3 juta rakyat Amerika yang sepatutnya mempunyai suara dalam komuniti dan proses politik negara mereka dinafikan undi kerana kesalahan mereka yang lalu.
Neurosis Amerika terhadap sistem keadilan lebih jelas dalam penggunaan hukuman mati. Dibangunkan sebagai alternatif kononnya lebih berperikemanusiaan untuk menggantung, kerusi elektrik dan suntikan maut hanya memberi penekanan kepada keganasan yang dilakukan dalam tindakan pelaksanaan hukuman itu. Seperti yang telah diperhatikan oleh seorang hakim persekutuan di AS di dalam keputusannya ke atas hukuman mati pada tahun 2014, sesuatu masyarakat yang menjalankan hukuman mati mesti mengakui keganasan tindakan tersebut dan tidak cuba untuk menyembunyikannya dengan cara yang kononnya kurang ganas (yang selalunya gagal berfungsi secepat ataupun tanpa sebarang rasa sakit seperti yang sepatutnya).
Bagaimanakah Seseorang Muslim itu Patut Memahami Hudud Hari ini?
Hari ini, hudud adalah lebih relevan dengan ketiadaannya dari undang-undang. Namun apabila ia muncul, ia sering muncul bersama kontroversi yang hebat. Kecuali beberapa negara Nigeria, Sudan, Iran, dan Arab Saudi, undang-undang jenayah majoriti negara-negara Islam telah digantikan oleh undang-undang yang diimport dari Britain atau Eropah yang telah diubah suai.
Bagaimanakah umat Islam menangani dunia hari ini dengan ketiadaan hudud? Bolehkah kita menyokongnya? Atau bolehkah kita tidak menyokong untuk membawanya semula? Ahli cendekiawan Islam telah mengikuti beberapa kaedah untuk menjawab soalan-soalan ini. Pada pertengahan abad ke 20, ada yang berpendapat bahawa Hudud telah diabaikan kerana tekanan negara barat pada zaman kolonial dan, jika diwujudkan semula, Hudud akan dapat membantu usaha untuk membentuk masyarakat yang mematuhi undang-undang dan lebih harmoni. Setelah mengesahkan sekali lagi, cendekiawan ini berpendapat, hukuman-hukuman ini akan jarang sekali dilaksanakan. Ada dalam kalangan cendekiawan ini juga berhujah bahawa perlaksanaan semula hudud ini adalah tidak sesuai dalam masa yang terdekat ini kerana situasi politikal dan sosial masa kini akan menyebabkan proses pengasingan kemusykilan (shubuhāt) secara sistematik menjadi amat mustahil. Adalah diunjurkan bahawa situasi ini adalah hasil dari kolonialisasi dan globalisasi nilai-nilai Barat. Tetapi ada juga ulama berpendapat bahawa perkara ini telahpun berlaku selama hampir satu milenia. Oleh itu kemungkinan perlaksanaan hudud di masa kini adalah amat tipis.
Pada sudut pandangan yang lebih teliti, terdapat satu hujah dari aspek Syariah yang menyatakan Hudud adalah tidak wajib dilaksanakan pada masa kini adalah seperti seorang yang tidak mempunyai tangan ingin mengambil wuduk, ‘lokus ketetapan’nya telah hilang. Menurut hujah ini, walau apapun sebab bagi negara-negara Islam meninggalkan Hudud, ketiadaannya sekian lama menjadikannya tidak lagi relevan sehinggalah ada seseorang yang mahu melaksanakannya semula. Satu lagi hujah menyatakan bahawa masa kini adalah “zaman krisis dan keperluan” (ḍarūra). Memandangkan dalam undang-undang Islam, “membolehkan perkara-perkara yang halal ketika di dalam darurat” kerajaan Islam yang berada di bawah jajahan atau kekangan lain dibenarkan atau dibolehkan mengabaikan sesuatu yang wajib dimana jika berada di dalam situasi yang sebaliknya tidak dibenarkan.
Abdallah Bin Bayyah seorang ulama dari Mauritius telah menyatakan sebuah hujah yang menarik apabila beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah melarang memotong tangan tentera-tentera Islam yang telah ditangkap mencuri semasa berperang. Sebaliknya baginda telah menghukum mereka dengan hukuman rotan ataupun menangguhkan hukuman itu sehingga selepas perang tamat apabila khidmat mereka tidak diperlukan lagi di medan perang. Walaupun pada ketika itu mereka “tidak berada di kawasan musuh”, Bin Bayyah menulis, mereka berada di dalam situasi “berjaga-jaga” dimana ramai umat Islam berasa tidak selesa dengan hukuman-hukuman Hudud yang pada mereka dianggap keras. Ia boleh disamakan seperti apabila sebuah negara Islam itu telah ditakluk, rakyatnya juga menjadi ‘alergi’ kepada tradisi yang telah diturunkan kepada mereka.
Perkara yang paling penting untuk diperhatikan ialah para sarjana Islam telah menegaskan bahawa apa yang penting bagi umat Islam adalah untuk mempercayai bahawa Syariah adalah hukum yang ideal dan hudud adalah sah dalam teori. Pelaksanaan hudud sebenarnya datang berdasarkan kebijaksanaan pemerintah dan tidak diperlukan bagi rakyatnya untuk menjadi umat Islam.
Bolehkah Kita Elakkan Kontroversi ini?
Hari ini, beberapa isu dibangkitkan dalam media untuk mempersoalkan kesopanan Islam berbanding Hudud. Beberapa isu lebih kerap digunakan untuk menyuarakan samada secara sedar atau tidak sedar, pertembungan tamadun antara masa lampau Islam dan masa kini Barat. Apabila Sultan Brunei mengumumkan pada tahun 2014 bahawa negaranya akan mengimplimentasikan undang-undang jenayah Syariah, termasuk Hudud, terdapat bantahan meluas dari masyarakat antarabangsa terhadap tindakan kembali ke zaman gelap. Tidak banyak isu yang mempunyai impak politikal seperti hudud.
Hudud adalah gabungan cocok kontroversi dan keluhan. Pada mata Barat abad ke 20, di mana terdapat seakan-akan fobia kepada hukuman fizikal, pendekatan hukuman penjara keatas sistem pengadilan dan peningkatan keizinan sosial dalam hal-hal seksual, Hudud adalah sebuah bukti kegasaran. Di dunia Islam, selepas bebas dari penjajahan dan globalisasi norma Barat, Hudud telah muncul semula sebagai ikon komitmen terhadap keaslian Islam. Kepada banyak pergerakan Islam di seluruh dunia, harapan untuk menubuhkan semula Hudud menjadi simbol dan subjek yang amat diperlukan untuk memulihkan masa lalu yang sahih dan masa depan yang bebas.
Meletakkan Hudud sebagai simbol suatu perintah dari Tuhan yang tidak dappat disangkal, bukanlah suatu fabrikasi moden. Sultan Mamluk, Sultan al-Ghūrī tidak asing dengan harapannya untuk dikenali sebagai orang yang melaksanakan hukuman merejam seorang penzina. Sekilas pandang melalui mana-mana perjalanan tamadun Islam zaman pertengahan akan menceritakan kisah-kisah pemerintah-pemerintah atau dinasti yang dipuji untuk 'menegakkan perintah Allah'. Tetapi, seperti yang kita lihat, Hudud sebenarnya tidak lebih daripada simbol pengabdian kepada idea undang-undang Tuhan.
Sukar untuk mengetahui sama ada negara-negara yang menguatkuasakan hukuman Hudud hari ini benar-benar mengamalkan undang-undang Islam pra-moden atau tidak. Hudud mungkin diamalkan di Arab Saudi pada kadar yang lebih tinggi daripada apa yang telah dicatatkan dalam sejarah dalam masyarakat Islam. Tetapi jumlahnya masih dianggap jarang-jarang berlaku. Antara tahun 1981 dan 1992, terdapat empat hukuman mati kerana hukuman rejam dan empat puluh lima pengudungan bahagian badan kerana kecurian di Arab Saudi. Dalam sebuah sampel satu tahun (1982-83), daripada 4,925 disabitkan pencurian, hanya dua kes hukuman potong tangan dijatuhkan. Selebihnya dihukum dengan taʿzīr. Di dalam tempoh yang sama, tiada hukuman merejam dikenakan ke atas 659 pertuduhan jenayah seksual Hudud. Kebanyakan hukuman mati datang dari hukuman jenayah politik dan bukan kerana hudud. Di bahagian utara Nigeria, dimana kod undang-undang yang berasaskan Syariah telah diimplimentasikan, hanya sedikit hukuman amputasi untuk pencurian telah dilaksanakan. Terdapat sekurang-kurangnya dua hukuman mati untuk perzinaan, tetapi dalam semua kes sejauh ini kemusykilan ditemui untuk membebaskan pihak yang bersalah.
Seperti juga golongan konservatif Amerika yang menganjurkan untuk kembali ke utopia khayalan yang digambarkan pada tahun 1950-an, zaman kegemiliangan Islam yang cuba diwujudkan semula dengan mengamalkan hudud oleh negara-negara Islam juga hanyalah sebuah impian semata-mata. Ia dibayangkan untuk menangkis kehilangan identiti dan autonomi yang semakin banyak dirasai di zaman moden. Jadi tidak menghairankan bahawa pada hari ini di negara-negara yang mengamalkan Hudud secara aktif, mentakrifkan diri mereka sebagai penentang pemerintahan empayar Barat (Iran), atau mengikut tuntutan untuk mengamalkan Islam tulen (Arab Saudi), atau meletakkan diri mereka diantara garis sempadan antara paksaan budaya dan militari Barat dan tradisi kuat identiti pribumi negara itu sendiri (Nigeria, Pakistan, Afghanistan).
Jadi pada hari ini adalah amat sukar untuk membincangkan usul Hudud tanpa ketegangan politik, konflik identiti dan autonomi. Pada tahun 2005, ulama dan cendekiawan dari Switzerland, Tariq Ramadan telah mengusulkan sebuah moratorium kepada hukuman keras, merejam dan hukuman mati di dunia Islam. Dia kemudiannya dikritik dengan keras oleh pengkritik Islam dari Barat kerana merasakan tegurannya terlalu lembut dan juga oleh pengkritik di kalangan umat Islam sendiri kerana tindakan itu dilihat sebagai melencong dari perintah Allah. Bolehkah kita bayangkan sebuah realiti alternatif di mana sebuah kerajaan Islam kosmopolitan yang kompleks yang telah melalui proses industrialisasi, sentralisasi dan urbanisasi yang sukar dalam masa yang sama mengekalkan sistem perundangan Syariah yang ketat? Contoh yang paling dekat adalah Empayar Uthmaniyyah, di mana ia telah melalui proses urbanisasi dan industrialisasi yang amat signifikan. Walaupun pada pertengahan tahun 1800-an, empayar ini tidak terlepas dari tekanan politik dan budaya kuasa-kuasa Eropah, mereka masih bebas dari kolonialisasi Barat sehinggalah ke Perang Dunia I.
Kanun Keseksaan Uthmaniyyah 1858 adalah sebuah artifak menarik sebuah permodenan undang-undang jenayah yang mesra Syariah. Kod ini dihasilkan sebagai sebahagian daripada reformasi seluruh pentadbirannya kerajaan Uthmaniyyah kesan dari penemuan teknologi baru dan cabaran baru. Kod 1858 ini merubah sistem hukuman dengan menggantikan hukuman yang sedia ada seperti merotan bersama-sama dengan kerja buruh paksan (kürek), penjara, denda dan buang negeri/negara (ia juga telah mengekalkan hukuman mati untuk beberapa jenis jenayah yang lain). Kod ini meminjam hampir semua kandungannya sehingga hampir menyerupai Kanun Keseksaan Perancis pada tahun 1832.
Namun begitu ketulenan Kod ini sebagai undang-undang Islam tidak pernah diragukan. Ia bermula dengan kalimah ‘basmallah’ dan telah disahkan oleh majlis agama Uthmaniyyah, sebuah organisasi yang mengekalkan pendirian koservatifnya sehinggalah penghujung kuasa Empayar itu. Kod 1858 ini tidak pernah memetik ataupun menyebut perkataan Hudud bukan kerana ia telah menghapuskannya, tetapi ini adalah kerana keseluruhan kod ini telah dihadkan kepada reformasi hukuman-hukuman pada tahap taʿzīr sahaja. Sejak Hudud dilihat tidak lagi mempunyai kesan di dalam aplikasi undang-undang, menggantikan bahagian taʿzīr adalah sama seperti merombak keseluruhan undang-undang jenayah Uthmaniyyah. Dengan tidak menyingkirkan Hudud dan sebaliknya mengasingkan mereka dalam pemisahan yang berkesan, Kod 1858 dapat mengelak dari menyerang simbol utama legitimasi agama Islam. Hukuman yang diperkenalkannya telah ditetapkan oleh orang Perancis, tetapi ia juga 'Islamik' seperti yang telah digunakan oleh hakim-hakim Uthmaniyyah, kerana taʿzīr adalah pandangan dan budi bicara yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi perenggan pertama kod 1858 adalah komited untuk tidak melanggar mana-mana hak individu di bawah Syariah, dan ia juga mengekalkan hak rakyat kepada proses Qiṣāṣ dalam jenayah pembunuhan jika mereka memilihnya.
Bayangkan jika Empayar Uthmaniyyah tidak berada di sebelah pihak yang kalah pada Perang Dunia I dan ianya kekal sehingga hari ini, dengan mengamalkan Kanun Keseksaan 1858 (yang walaubagaimanapun kekal sehingga 1923) dengan perubahan yang amat sedikit. Apakah kita akan mendengar kontroversi-kontroversi yang sama tentang hukuman mati di Arab Saudi atau mengembalikan hukuman hudud di Brunei? Mungkin tidak, kerana Hudud akan terus menjadi sebuah symbol tanpa peranan yang ketara dalam undang-undang.
Namun, tidak diragukan, pastinya terdapat bantahan. Amnesty International membantah pengumuman yang telah dibuat Brunei, Syariah dilihat sebagai bermasalah kerana ia memberikan hukuman keras "untuk tindakan yang tidak sepatutnya dianggap jenayah." Banyak bantahan moden adalah terhadap Syariah secara umumnya dan Hudud khususnya, dan bukan tentang hukuman yang khusus. Paling utama, Ia adalah tentang pendirian umat Islam terhadap perbuatan zina harus dikutuk dengan keras. Ia juga mungkin kerana perbuatan itu adalah dianggap tidak bermoral sama sekali.
Adalah perlu untuk dipertimbangkan bahawa jenayah yang dianggap paling berbahaya seperti pembunuhan dan rogol, tidak termasuk antara jenayah-jenayah yang diterima sebagai jenayah Hudud. Mungkin Hudud tidak semestinya tentang jenayah paling berat dari segi kesan-kesan yang mereka tinggalkan terhadap mangsa atau masyarakat. Zina dan kecurian dalam Hudud adalah kesalahan yang dilakukan tanpa pengetahuan orang lain, seperti juga mabuk. Kesalahan-kesalahan ini dilakukan di luar pandangan manusia tetapi tidak dari mata Allah. Mungkin undang-undang yang ketat ini, di mana dengan belas kasihan Allah telah membuatnya hampir mustahil untuk dilaksanakan, wujud khusus untuk mengingatkan orang ramai tentang dosa-dosa yang biasanya mereka akan lupa.
Syarat-Syarat Memotong Tangan kerana Mencuri oleh al-Subki
Ini adalah fatwa oleh Taqī al-Dīn ʿAlī b. ʿAbd al-Kāfī al-Subkī (d. 756/1356), ulama senior Shafie dan hakim dari salah sebuah keluarga cendekiawan terulung di Damsyik:
Imam dan Shaykh, semoga Allah mengasihaninya, berkata: Telah dipersetujui bahawa Hadd [hukuman] adalah wajib bagi seseorang yang telah melakukan kecurian dan [bagi yang syarat-syarat berikut terpakai]:
- [benda itu] telah diambil dari tempat yang dianggap selamat (ḥirz)
- Ia adalah bukan harta rampasan perang (mughannam)
- bukan dari baitulmal (perbendaharaan awam)
- diambil dengan tangannya sendiri
- bukan dengan sebarang alat atau mesin (āla)
- bersendirian
- Semata-mata
- tidak gila (waras)
- cukup umur
- Muslim
- bebas merdeka
- tidak berada di dalam Ihram
- di Mekah
- tidak berada di negara yang berperang
- bukan orang yang dibenarkan (diberi akses) untuk berada dekat dengan benda yang dicuri dari masa ke semasa
- mencuri dari orang yang selain dari isterinya
- bukan dari saudara kandungnya
- bukan dari suaminya (jika wanita)
- tidak mabuk
- bukan kerana lapar
- atau dibawah tekanan
- mencuri harta yang dimiliki
- dibenarkan menjual kepada orang Islam
- dia mencuri dari seseorang yang tidak menyalahi haknya
- nilai apa yang dicuri beliau mencapai sepuluh (10) dirham
- barangan perak tulen
- mengikut berat Mekah
- bukan daging
- atau apa sahaja binatang yang disembelih
- bukan barangan makanan
- atau minuman
- bukan dari jenis burung
- atau buruan
- atau anjing
- atau kucing
- atau tahi binatang
- atau tahi (ʿadhira)
- atau tanah
- atau ocher merah (maghara)
- atau arsenik (zirnīkh)
- atau batu-batuan kecil
- atau batu-batu besar
- atau kaca
- atau arang
- atau kayu api
- atau rumput (qaṣab)
- atau kayu
- atau buah
- atau keldai
- atau binatang yang meragut
- atau naskah al-Quran
- atau tumbuhan yang dicabut dari akarnya (min badā’ihi)
- atau hasil dari taman yang dipagar
- atau dari pokok
- atau dari orang yang bebas dan merdeka
- atau dari hamba
- jika mereka boleh bercakap dan waras
- tidak pernah melakukan kesalahan kepada pelaku
- sebelum dia dikeluarkan dari tempat yang dia tidak dibenarkan masuk
- dari lokasi yang selamat
- oleh tangannya sendiri
- didatangkan saksi
- kepada kesemua diatas
- oleh 2 saksi
- iaitu saksi lelaki
- mengikut [keperluan dan prosedur] yang telah kami sampaikan dalam bab tentang kesaksian
- mesti sependapat
- atau tidak menarik balik pendapat mereka
- pencuri tidak mengaku bahawa barangan yang di curi itu adalah miliknya
- tangan kirinya sihat
- kedua kakinya sihat
- tidak ada bahagian badan yang kudung
- mangsa tidak memberikan barang yang dicuri itu sebagai hadiah
- dia tidak menjadi pemilik kepada barang yang dicuri itu selepas dia mencurinya
- dia tidak memulangkan semula barangan yang dicuri itu kepada pemiliknya
- pencuri itu tidak menuntutnya
- pencuri itu tidak dihutangi dengan nilai barang yang dicurinya oleh pemilik barang itu
- pemilik barang yang dicuri itu berada di mahkamah
- dia membuat tuntutan kepada barang yang dicuri
- dia meminta untuk pencuri dihukum dipotong tangan
- sebelum pencuri itu bertaubat
- saksi-saksi berada di mahkamah
- sebelum cukup sebulan dari masa kecurian.
Kesemua ini telah dinyatakan oleh ʿAlī b. Aḥmad b. Saʿīd (Ibn Ḥazm, d. 1064). Dan Imam dan Shaykh itu juga menambah: ia juga bergantung kepada syarat dimana pengakuan [pencuri itu] tidak mendahului penyaksian dan kemudiannya menarik balik [pengakuannya]. Kerana jika pencuri itu melakukannya terlebih dahulu dan kemudiannya bukti langsung (bayyina) telah dikemukakan untuk jenayah yang telah dilakukannya dan kemudiannya dia menarik balik pengakuannya, hukuman memotong tangan akan dibatalkan mengikut pendapat mazhab Shafi yang lebih tepat, kerana pengakuan itu tidak datang dari bukti langsung. Lalu tindakkan menarik balik pengakuan itu akan diterima.
[1] Pampasan yang dibayar kepada mangsa atau keluarganya ialah wergild (harga manusia) atau bot, sementara wite dibayar kepada raja atau tuan untuk mencemar kedamaian (damai); Bruce O’Brian, “Anglo-Saxon Law,” in Oxford Intl. Encyclopedia of Legal History, ed. Stanley Katz (London: Oxford University Press, 2009), 1:82; F.W. Maitland, The Constitutional History of England (Cambridge: Cambridge University Press, 1908), 107-9.
[2] Frasa yang terkenal ini tidak muncul dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, tetapi telah diterapkan ke dalam undang-undang Amerika sekitar 1800 dari undang-undang Inggeris. Ia pertama kali disebutkan di England pada tahun 1780-an, walaupun ia sebenarnya digunakan pada 1770 di Boston oleh John Adams dan Robert Paine dalam mempertahankan tentera British yang terbabit dalam pembunuhan Boston; rujuk James Q. Witman, The Origins of Reasonable Doubt (New Haven: Yale University Press, 2008), 187, 193-94; dan http://digitalcommons.law.yale.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1000&context=fss_papers.
[3] Heikki Pihlajamäki and Mia Korpiola, “Medieval Canon Law: The Origins of Modern Criminal Law,” in The Oxford Handbook of Criminal Law, ed. Markus Dubber and Tatjiana Hörnle (Oxford: Oxford University Press, 2014), 214-215; Kenneth Pennington, “Innocent until Proven Guilty: The Origins of a Legal Maxim,” The Jurist 63 (2003): 106-24.
[4] Abū Bakr al-Khaṣṣāf, Adab al-Qāḍī, ed. Farhat Ziadeh (Cairo: Maṭbaʿat al-Jablāwī, 1979), 254.
[5] Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: kitāb al-jihād wa’l-siyar, bāb ism al-fars wa’l-ḥimār; Ṣaḥīḥ Muslim: kitāb al-īmān, bāb man laqiya Allāh bi’l-īmān…; kitāb al-zakāt, bāb ithm māniʿ al-zakāt.
[6] Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: kitāb al-muḥāribīn min ahl al-kufr wa’l-ridda, bāb kam al-taʿzīr wa’l-adab.
[7] Jonathan Brown, “Taʿzīr,” Oxford Encyclopedia of Islam and Law (Oxford: Oxford University Press, forthcoming).
[8] Senarai minimum ini diadakan oleh mazhab Hanafi (NB: untuk pengamal Hanafi, ḥirāba dimasukkan di bawah tajuk sariqa). Semua sekolah lain menganggap kemurtadan awam (ridda) dan sodomi menjadi antara jenayah Hudud juga. Di mazhab Maliki, ghīla (pembunuhan atau pembunuhan untuk mencuri wang seseorang) dianggap sebagai jenayah Hudud yang boleh dihukum mati. Rujuk Wahba al-Zuḥaylī, Mawsūʿat al-fiqh al-islāmī, 14 vols. (Damascus: Dār al-Fikr, 2010), 5:714-15; Ṣāliḥ ʿAbd al-Salām Al-Ābī, al-Thamar al-dānī fī taqrīb al-maʿānī Ḥāshiyat Risālat Ibn Abī Zayd al-Qayrawānī. 2nd ed. (Cairo: Muṣṭafā al-Bābī al-Ḥalabī, 1944), 423, 432, 435.
[9] Terdapat beberapa perselisihan mengenai qadhf, yang mana beberapa ulama dianggap sebagai pelanggaran hak-hak manusia sahaja; Manṣūr b. Yūnus al-Buhūtī, al-Rawḍ al-murbiʿ, ed. Bashīr Muḥammad ‘Uyūn (Damascus: Maktabat Dār al-Bayān, 1999), 466; al-Khaṣṣāf, Adab al-Qāḍī, 217, 333; Muḥammad b. Aḥmad al-Qurṭubī, al-Jāmiʿ li-aḥkām al-Qur’ān, ed. Muḥammad Ibrāhīm al-Ḥifnāwī and Maḥmūd Ḥāmid ‘Uthmān, 20 vols. in 10 (Cairo: Dār al-Ḥadīth, 1994), 6:476 (pada ayat 24:4).
[10] Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: kitāb al-muḥāribīn min ahl al-kufr wa’l-ridda, bāb al-iʿtirāf bi’l-zinā; Ṣaḥīḥ Muslim: kitāb al-ḥudūd, bāb ḥadd al-zinā, bāb man iʿtarafa ʿalā nafsihi bi’l-zinā.
[11] Telah lama wujud konsensus yang berkesan mengenai hukuman pembakaran untuk perzinaan, yang bahkan diterima oleh pemikiran Mu'tazila (walaupun bukan oleh Kharijis). Pada tahun 1973, ʿālim dan cendekiawan undang-undang terkenal Mesir Muḥammad Abū Zahra (d. 1974) menyatakan di sebuah persidangan di Libya bahawa dia secara serius meragui kebolehpercayaan laporan bahawa Rasulullah (saw) terlibat dalam merejam, menganggapnya sebagai hukuman yang terlal kejam (ini dilaporkan oleh dua ulama yang hadir, Muṣṭafā Zarqā 'dan Yūsuf al-Qaraḍāwī, see Muḥammad Abū Zahra, Fatāwā, ed. Muḥammad ʿUthmān Bashīr (Damascus: Dār al-Qalam, 2006), 673. Terdapat sebuah teori yang menyatakan merejam adalah taʿzīr, dan menjadikannya berdasarkan budi bicara, kerana Rasulullah mengatakan bahawa Allah memberikan "jalan keluar" (Al-Quran 4:15) untuk seorang dara yang tidak berkahwin yang telah berzina dengan 100 sebatan seperti yang disebutkan dalam Al-Quran dan kemudian tambahan setahun hidup dalam buangan telah ditambah oleh Rasulullah sebagai taʿzīr; hukuman bagi orang berkahwin yang berzina akan memberi contoh kepada hal ini, dengan 100 sebatan dari Al-Quran dan kemudian melontar seperti yang ditambahkan oleh Nabi, sebagai pertimbangan taʿzīr. Dr. Jasser Auda berpendapat dalam bukunya Naqd naẓariyyat al-naskh bahawa hukuman rejam adalah hukum Yahudi yang diamalkan pada awal Islam dan kemudian dibatalkan di dalam Surat al-Nūr. Rujuk Jasser Auda, Naqd naẓariyyat al-naskh (al-Shabaka al-ʿArabiyya li’l-Abḥāth, 2013). Apa yang muncul sebagai kontroversi dalam zaman moden adalah tanggapan bahawa terdapat ayat Al-Quran tentang merejam telah dikeluarkan (naskh) oleh Allah. Kebanyakan cendekiawan Islam pra-moden tidak mempunyai masalah dengan tanggapan bahawa Al-Quran pada asalnya terdapat ayat yang menyatakan 'lelaki dan wanita yang mulia, jika mereka melakukan zinā, rejam mereka,’ tetapi Allah memerintahkan ayat itu dihapuskan sambil mengekalkan keputusan itu. Ulama hadis terkenalShāfiʿī/Ashʿarī Abū Bakr al-Bayhaqī (d. 458/1066) menyatakan bahawa tidak ada perselisihan tentang kemungkinan ayat al-Quran dibuang secara keseluruhan (naskh al-tilāwa) sementara keputusannya tetap; Abū Bakr al-Bayhaqī, al-Sunan al-kubrā, ed. Muḥammad ʿAbd al-Qādir ʿAṭā, 11 vols. (Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyya, 1999), 8:367. Seorang cendekiawan tradisional abad ke 20, ʿAbdallāh al-Ghumārī (d. 1993), namun menidakkan kemungkinan naskh al-tilāwa. Dia menganggapnya secara rasionalnya mustahil dan menambah bahawa semua laporan yang menggambarkannya telah berlaku diriwayatkan dengan terlalu sedikit rantaiannya (āḥād) untuk menyamai kepastian ayat al-Quran. Beliau menyatakan bukti yang paling dipercayai, terutama sekali riwayat tentang khalifahʿUmar di dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī yang menyatakan beliau risau yang suatu hari nanti orang ramai akan mengabai kan hukuman rejam kerana ia tidak ditemui dalam al-Quran, sebenarnya tidak memasukan ayat yang sepatutnya untuk keputusan itu, seperti yang ditunjukkan oleh Ibnu Hajar (walaupun Ibnu Hajar tidak meragui bahawa terdapat ayat tersebut); ʿAbdallāh b. al-Ṣiddiq al-Ghumārī, Dhawq al-ḥalāwa bi-bayān imtināʿ naskh al-tilāwa, 2nd ed. (Cairo: Maktabat al-Qāhira, 2006), 12, 14; Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: kitāb al-muḥāribīn min ahl al-kufr wa’l-ridda, bāb al-iʿtirāf bi’l-zinā. Kebanyakkan ulama tidak menerima hujah al-Ghumārī. Salah satu sebabnya adalah, satu riwayat sahih dari ʿUmar merujuk kepada kata-katanya tentang ayat al-Quran mengenai hukuman rejam dimana “Kita telah membacanya, memahaminya dan mengikutinya” (Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: kitāb al-muḥāribīn…, bāb rajm al-ḥublā min al-zinā idhā aḥṣanat). Walaupun al-Ghumārī tidak membincangkan riwayat ini, beliau menolaknya kerana kekurangan bukti dalam kesemua hadis yang menyebut tentang ayat-ayat yang di keluarkan dari al-Quran. Rujuk Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī, Fatḥ al-Bārī, ed. ʿAbd al-ʿAzīz Bin Bāz and Muḥammad Fu’ād ʿAbd al-Bāqī (Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyya, 1997), 12:168, 173-74. See also al-Albānī, Silsilat al-aḥādīth al-ṣaḥīḥa, #2913.
[12] Ṣaḥīḥ Muslim: kitāb al-ḥudūd, bāb ḥadd al-khamr.
[13] Ṣaḥīḥ Muslim: kitāb al-qasāma wa’l-muḥāribīn…, bāb ḥukm al-murtaddīn wa’l-muḥāribīn.
[14] Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-ḥudūd, bāb mā jā’a fī al-muḥāraba.
[15] Jāmiʿ al-Tirmidhī: kitāb al-ṭahāra, bāb mā jā’a fī bawl mā yu’kalu laḥmuhu.
[16] Al-Qurṭubī, Jāmiʿ li-aḥkām al-Qur’ān, 3:509-11.
[17] Mālik, al-Muwaṭṭa’: kitāb al-ḥudūd, bāb mā jā’a fī al-rajm; bāb tark al-shafāʿa li’l-sāriq idhā balagha al-sulṭān.
[18] Musnad of Ibn Ḥanbal (Maymaniyya print), 4:133 (Hadis ini dibaca ‘man taraka mālan fa-li-warathatihi wa man taraka daynan aw ḍayʿatan fa-ilayya wa anā walī man lā walī lahu afukku ʿanhu wa arithuhu mālahu wa’l-khāl wārith man lā wārith lahu yafukku ʿanhu wa yarithu mālahu); 4:131 (riwayat ini menambah aʿqilu ʿanhu); 6:47.
[19] Al-Shāfiʿī, Kitāb al-Umm (Beirut: Dār al-Maʿrifa, 1393/1973), 6:21; Rujuk juga Muwaffaq al-Dīn Ibn Qudāma, al-Mughnī, ed. ʿAbdallāh al-Turkī and ʿAbd al-Fattāḥ al-Ḥulw, 12 vols. (Cairo: Hujr, 1986), 9:476, 10:9, 22; Muḥammad al-Sarakhsī, al-Mabsūṭ, 30 vols. in 15. (Beirut: Dār al-Maʿrifa, [1978]), 10:219; al-Buhūtī, al-Rawḍ al-murbiʿ, 461; Aḥmad al-Qudūrī, The Mukhtaṣar, trans. Ṭāhir Maḥmood Kiānī (London: Ta-Ha Publishers, 2010), 530-31.
[20] Ini berdasarkan hadis di mana Rasulullah (SAW) bersabda, "Pena telah ditarik [dari menulis amalan seseorang] untuk tiga orang: orang yang tidur sehingga mereka bangun, orang yang menderita [dengan beberapa kegilaan] sehingga mereka pulih dan kanak-kanak sehingga mereka membesar" (D##4400#), tetnang soalan Rasulullah kepada orang yang telah mengaku berzina “Apakah kamu tahu apa itu zina?” (D#4430#) dan tentang amalan khalifah ʿUmar, yang memerintahkan bahawa “Tiada Hadd kecuali kepada mereka yang mengetahuinya (lā ḥadd illā ʿalā man ʿalimahu)”; al-Bayhaqī, Sunan al-kubrā, 8:415. Rujuk juga al-Qudūrī, Mukhtaṣar, 544.
[21] T#1479#, Hadis ini boleh ditemui dengan versi yang sama yang diriwayatkan oleh Abū Hurayra Q#2642# (lemah menurut semuanya). Ulama seperti Tirmidhī dan Bayhaqī menganggap riwayat ini mengaitkannya dengan Aisyah dan bukannya Rasulullah (SAW) untuk menjadi lebih dipercayai; al-Bayhaqī, Sunan al-kubrā, 8:413. Untuk Sahabah-sahabah lain tentang pernyataan yang sama, rujuk al-Bayhaqī, Sunan al-kubrā, 8:413-15. Menurut Ibn Ḥajar, versi yang paling boleh dipercayai adalah Umar berkata, "Bagi saya untuk berlaku silap dalam Hudud kerana kemusykilan adalah lebih baik bagi saya daripada melaksanakannya kerana kemusykilan." rujuk Shams al-Dīn al-Sakhāwī, al-Maqāṣid al-ḥasana, ed. Muḥammad ʿUthmān al-Khisht (Beirut: Dār al-Kitāb al-ʿArabī, 2004), 42.
[22] Rujuk Intisar Rabb, “Islamic Legal Maxims as Substantive Canons of Construction: Ḥudūd-Avoidance in Cases of Doubt,” Islamic Law and Society 17 (2010): 63-125.
[23] Quran 24:2, 4, dan Quran mengulangi keperluan untuk empat saksi lagi ayat 2:15.
[24] Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: kitāb al-muḥāribīn min ahl al-kufr wa’l-ridda, bāb lā yurjamu al-majnūn wa’l-majnūna, bāb hal yaqūlu al-imām li’l-muqirr laʿallaka lamasta aw ghamazta; Ṣaḥīḥ Muslim: kitāb al-ḥudūd, bāb ḥadd al-zinā, bāb man iʿtarafa ʿalā nafsihi bi’l-zinā.
[25] Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-ḥudūd, bāb rajm Māʿiz b. Mālik, bāb fī rajm al-yahūdiyayn.
[26] Ibn al-Amīr al-Ṣanʿānī, Subul al-salām, ed. Muḥammad ʿAbd al-Raḥmān al-Marʿashlī. 3rd ed, 4 vols. (Beirut: Dār Iḥyā’ a-Turāth al-ʿArabī, 2005), 4:9.
[27] ʿAbd al-Wahhāb al-Shaʿrānī, al-Mīzān al-kubrā, 2 vols. in 1 (Cairo: Maktabat Zahrān [no date]. Reprint of 1862 Cairo ed. from Maktabat al-Kastiliyya), 2:145.
[28] Sulaymān al-Bujayramī, Ḥāshiyat al-Bujayrimī ʿalā al-Minhāj (Cairo: Maṭbaʿat Muḥammad Shāhīn, 1380/1960), 345; Mullā ʿAlī al-Qāri’, Sharḥ Musnad Abī Ḥanīfa, ed. Khalīl Muḥyī al-Dīn al-Mīs (Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyya, n.d.), 487; Muḥyī al-Dīn al-Nawawī, al-Majmūʿ, ed. Muḥammad Najīb al-Muṭīʿī (Jedda: Maktabat al-Irshād, n.d.), 5:211.
[29] James Baldwin, “Prostitution, Islamic Law and Ottoman Societies,” Journal of the Economic and Social History of the Orient 55 (2012): 125.
[30] Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: kitāb al-ḥudūd, bāb qawl Allāh taʿālā wa’l-sāriqu wa’l-sāriqatu….
[31] Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-ḥudūd, bāb fī al-talqīn fī al-ḥudūd; Sunan al-Nasā’ī: kitāb qaṭʿ al-sāriq, bāb talqīn al-sāriq.
[32] Mullā Hüzrev, Durar al-ḥukkām sharḥ ghurar al-aḥkām, 2 vols. (Istanbul: Fazilat, n.d. Reprint of Amīriyya print, n.d.), 2:82.
[33] Al-Buhūtī, Rawḍ, 469; Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-ḥudūd, bāb man saraqa min ḥirz.
[34] Jāmiʿ al-Tirmidhī: kitāb al-ḥudūd, bāb mā jā’a fī al-khā’in wa’l-mukhtalis wa’l-muntahib.
[35] Rudolph Peters, Crime and Punishment in Islamic Law (Cambridge: Cambridge University Press, 2005), 54. Perkara yang sama diperhatikan oleh pihak British dalam penerapan hukuman untuk kecurian di India pada penghujung 1700’s. Rujuk Jörg Fisch, Cheap Lives and Dear Limbs: The British Transformation of the Bengal Criminal Law 1769-1817 (Wiesbaden: Franz Steiner, 1983), 76.
[36] Al-Ṣanʿānī, Subul al-salām, 4:41; al-Buhūtī, Rawḍ, 467.
[37] Al-Bayhaqī, Sunan al-kubrā, 8:549
[38] Al-Buhūtī, Rawḍ, 467.
[39] Al-Qurṭubī, Jāmiʿ li-aḥkām al-Qur’ān, 3:515.
[40] Al-Khaṭīb al-Shirbīnī, Mughnī al-muḥtāj, 4:176; al-Shaʿrānī, Mīzān al-kubrā, 2:225.
[41] Al-Shaʿrānī, Mīzān al-kubrā, 2:227.
[42] Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: kitāb al-muḥāribīn min ahl al-kufr wa’l-ridda, bāb idhā aqarra bi’l-ḥadd…; ṢaḥīḥMuslim: kitāb al-tawba, bāb fī qawlihi taʿālā inna al-ḥasanāt tudhhibna al-sayyi’āt.
[43] Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-adab, bāb fī al-nahy ʿan al-tajassus.
[44] Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-adab, bāb fī al-nahy ʿan al-tajassus.
[45] Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-ḥudūd, bāb al-ʿafw fī al-ḥudūd mā lam tablugh al-sulṭan.
[46] Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-ḥudūd, bāb al-sāriq idhā yasriqu fī al-ghazw a-yuqṭaʿu.
[47] Lā yajūzu iqāmat al-ḥudūd maʿa iḥtimāl ʿadam al-fā’ida; Abū Bakr al-Kāsānī, Badā’iʿal-ṣanā’iʿ (Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyya, 2003), 9:248.
[48] Alexander Russell, A Natural History of Aleppo, 2 vols. (London: no publisher, 1794), 1:331.
[49] Edward Lane, Manners and Customs of the Modern Egyptians (New York: Cosimo, 2005), 112.
[50] Fariba Zarinebaf-Shahr, ‘Women in the Public Eye in Eighteenth-Century Istanbul,’302–304; Anne-Marie Cusac, Cruel and Unusual: The Culture of Punishment in America (New Haven: Yale University Press, 2009), 22.
[51] ʿAbd al-Qādir al-Badā’ūnī, Muntakhabu-t-Tawārīkh, trans. W.H. Lowe (Delhi: Renaissance Publishing, 1986), 3:146.
[52] Rujuk, contohnya, al-Suyūṭī mengadu tentang rumah pelacuran yang terus beroperasi di Kaherah; Al-Suyūṭī, al-Taḥadduth bi-niʿmat Allāh, ed. Elizabeth Sartain (Cairo: al-Maṭbaʿa al-ʿArabiyya al-Ḥadītha, 1972), 175.
[53] Cendekiawan ini bernama Saʿd Allāh Banī Isrā’īl; Badā’ūnī, Muntakhab, 3:88. Untuk bahagian melarang tajassus, rujuk Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-adab, bāb fī al-nahy ʿan al-tajassus.
[54] Ibn Baṭṭūṭa, The Travels of Ibn Battuta, ed. H.A.R. Gibb, 3 vols. (New Delhi: Munshiram Manoharlal, 2004), 2:219.
[55] Al-Badā’ūnī, Muntakhabu-t-Tawārīkh, 3:129-130.
[56] Muḥammad b. Aḥmad Ibn Iyās, Badā’iʿ al-zuhūr fī waqā’iʿ al-duhūr, ed. Muḥammad Muṣṭafā (Cairo: al-Hay’a al-Miṣriyya al-ʿĀmma li’l-Kutub, 1984), 4:340-45; Najm al-Dīn al-Ghazzī, al-Kawākib al-sā’ira bi-aʿyān al-mi’a al-ʿāshira, ed. Jibrā’īl Jabbūr, 3 vols. (Beirut: Dār al-Āfāq al-Jadīda, 1979), 1:102-5, 295.
[57] Al-Ghazzi, al-Kawākib al-sā’ira, 1:103.
[58] Al-Khaṣṣāf, Adab al-qāḍī, 349.
[59] Muḥammad b. ʿAlī al-Shawkānī, “Rafʿ al-asāṭīn fī ḥukm al-ittiṣāl bi’l-salāṭīn,” in Majmūʿ fīhi sabaʿ rasā’il li’l-imām al-muḥaqqiq Muḥammad b. Ismāʿīl al-Amīr al-Ṣanʿānī, ed. Muḥammad al-Ṣaghīr Muqaṭṭirī (Beirut: Dār Ibn Ḥazm, 2004), 452-3.
[60] Andrew Lees, The City: A World History (London: Oxford University Press, 2015), 49.
[61] G. Edward White, American Legal History: A Very Short Introduction (Oxford: Oxford University Press, 2014), 74.
[62] B#7243#
[63] Lawrence M. Friedman, A History of American Law, 2nd ed. (New York: Simon & Shuster, 1985), 577.
[64] Wael Hallaq, Sharīʿa (Cambridge: Cambridge University Press, 2009), 163.
[65] Saya mengambil persamaan ini dari nota kuliah dari kursus Profesor Neal Katyal Criminal Law di Georgetown Law School, 9/11/15.
[66] E. P. Thompson, Whigs and Hunters: The Origin of the Black Act (New York: Pantheon Books, 1975), 270–77.
[67] Cusac, Cruel and Unusual, 28-29.
[68] J.S. Cockburn, A History of the English Assizes 1558-1714 (Cambridge: Cambridge University Press, 1972), 128-133.
[69] J.J. Tobias, Crime and Industrial Society in the Nineteenth Century (New York: Schocken, 1967), 249-50.
[70] Norval Morris and David J. Rothman, eds., The Oxford History of the Prison (New York: Oxford University Press, 1998), vii.
[71] John Langbein, “The Historical Origins of the Sanction of Imprisonment for Serious Crimes,” Journal of Legal Studies 5, no. 1 (1976): 36.
[72] Cusac, Cruel and Unusual, 21.
[73] John Langbein, “The Historical Origins of the Sanction of Imprisonment for Serious Crimes,” 51.
[74] Cusac, Cruel and Unusual, 36, 41-44.
[75] Cusac, Cruel and Unusual, 53-56.
[76] Radhika Singha, A Despotism of Law: Crime & Justice in Early Colonial India (Delhi: Oxford University Press, 1998), 3, 9, 24, 52, 54-55.
[77] Peter Moskos, In Defense of Flogging (New York: Basic, 2011), 50.
[78] Moskos, In Defense of Flogging, 52, 56.
[79] Cusac, Cruel and Unusual, 13.
[80] Moskos, In Defense of Flogging, 74.
[81] Gunnar J. Weimann, “Nigeria,” in The [Oxford] Encyclopedia of Islam and Law. Oxford Islamic Studies Online. 05-Dec-2016.
[82] Hudud telah ditubuhkan di Sudan sejak tahun 1991. Manifestasi utamanya adalah rotan untuk mabuk; Olaf A. Köndgen, “Sudan,” in The [Oxford] Encyclopedia of Islam and Law. Oxford Islamic Studies Online. 05-Dec-2016.
[83] Di Iran, pemotongan untuk kecurian sangat jarang dilakukan, walaupun dalam Shi'a hanya hujung jari yang dipotong, bukan tangan. Merejam tidak pernah dilaksanakan; Hassan Rezaei, “Iran,” in The [Oxford] Encyclopedia of Islam and Law. Oxford Islamic Studies Online. 05-Dec-2016. <http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t349/e0056>
[84] ʿAbd al-Ḥalīm Maḥmūd, Fatāwā, 2 vols. (Cairo: Dār al-Shurūq, 2002), 2:434; Maḥmūd Shaltūt, al-Islām ʿaqīda wa sharīʿa, 14th ed. (Cairo: Dār al-Shurūq, 1987), 302-4.
[85] ʿAlī Jumʿa, al-Bayān li-mā yashghalu al-adhhān (Cairo: al-Muqaṭṭam, 2005), 71-2; see a 2013 interview with Yūsuf al-Qaraḍāwī and its transcript.
[86] Sunan of Abū Dāwūd: kitāb al-ḥudūd, bāb al-sāriq yasriqu fī al-ghazw a-yuqṭaʿu.
[87] ʿAbdallāh Bin Bayyah, Tanbīh al-marājiʿ ʿalā ta’ṣīl fiqh al-wāqiʿ (UAE: Muntadā Taʿzīz al-Silm fī al-mujtamaʿāt al-Muslima, 2014), 83-5.
[88] Shaltūt, Fatāwā, 45; Jumʿa, al-Bayān, 71; Bin Bayyah, Tanbīh, 83-4.
[89] Knut Vikør, Between God and the Sultan: A History of Islamic Law (Oxford: Oxford University Press, 2005), 266.
[90] Frank Vogle, Islamic Law and Legal System (Leiden: Brill, 2000), 246-47; Vikør, 266.